afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
PRN Johor: DAP hilang 4 kerusi, tinggal 6 DUN
DAP bertanding 17 kerusi pada PRN Johor yang berlangsung hari ini. (Gambar fail)
Keputusan itu menyaksikan prestasi DAP, yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH), merosot daripada 10 kerusi dimenangi pada PRN 2022 kepada hanya enam kerusi kali ini.
DAP mempertahankan Bentayan, Penggaram, Mengkibol, Stulang, Skudai dan Senai.
Bagaimanapun, parti itu gagal merampas tujuh kerusi lain, iaitu Bekok, Parit Raja, Tiram, Bukit Permai, Paloh, Yong Peng dan Pekan Nenas.
DAP turut mempertaruhkan beberapa calon Melayu sebagai sebahagian strateginya untuk memperluas sokongan dalam kalangan pengundi komuniti berkenaan.
Antaranya Shazwan Zdainal di Parit Raja, Mohamad Shafwan Ani di Bukit Permai dan Nor Zulaila Abd Ghani di Tiram.
Namun, ketiga-tiga calon berkenaan tewas kepada calon BN.