BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Penyandang Kerusi DUN Stulang Daripada PH Garis Empat Agenda Kempen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Johor: Penyandang Kerusi DUN Stulang Daripada PH Garis Empat Agenda Kempen​

216358da14eaacfbc8d2daa8dbadfece6a40f86cd6215

Pengerusi DAP Johor Teo Nie Ching bersama calon N45 Stulang Andrew Chen Kah Eng pada Pelancaran Kempen Hati Stulang di Taman Pelangi.

Calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng, menggariskan empat agenda utama yang akan diketengahkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi memastikan kebajikan penduduk setempat terbela, khususnya warga emas.

Empat agenda tersebut merangkumi pemerkasaan aktiviti pusat komuniti, latihan pengurusan penjagaan warga emas, penyediaan perkhidmatan pengiring perubatan serta bantuan pengurusan dokumen penulisan wasiat.

Chen yang akan mempertahankan kerusi berkenaan buat kali keempat berkata fokus terhadap agenda itu selaras dengan pelancaran kempen pilihan rayanya yang menekankan komitmen untuk terus mendengar suara rakyat serta membawa isu masyarakat setempat ke peringkat Dewan Undangan Negeri.

“Komitmen saya untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat, menyelesaikan masalah, mendengar suara hati rakyat dan mengutarakan semua permasalahan ini dengan hati yang ikhlas,” kata Chen kepada pemberita ketika melancarkan kempen pilihan raya beliau di sini hari ini.

Beliau berkata pengukuhan peranan pusat komuniti akan terus diberi perhatian bagi mewujudkan ruang interaksi yang sihat untuk golongan veteran.

Pelbagai program dilaksanakan sebelum ini, katanya termasuk memasak, program Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, gubahan bunga serta menulis kaligrafi bukan sahaja mengisi masa lapang warga emas, malah menggalakkan interaksi sosial dan gaya hidup lebih sihat.

Pada masa sama, Chen berkata beliau turut melihat keperluan untuk memperkukuh pengetahuan masyarakat berkaitan penjagaan warga emas menerusi pendedahan mengenai kaedah pengurusan yang lebih sistematik.

Beliau berkata antara keutamaan lain yang diketengahkan ialah penyediaan sokongan pengiring perubatan bagi membantu warga emas yang tinggal bersendirian untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.

“Kadang-kadang anak-anak pergi kerja di tempat lain dan mereka tidak mempunyai orang untuk menjaga dan membantu ibu bapa ke hospital, klinik dan sebagainya. Saya akan bekerjasama dengan pengiring perubatan yang ada di kawasan saya untuk memberi perkhidmatan kepada mereka,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register