BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: PH Berdepan Dua Pencabar Termasuk Penyandang DUN Senggarang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

PRN Johor: PH Berdepan Dua Pencabar Termasuk Penyandang DUN Senggarang​

472c8560484c6ad96ecc865b8ebb7b336a3f6372a03f4

Barisan calon yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.24 Senggarang (dari tiga, kiri) Mohd Yusla Ismail (Barisan Nasional), Onn Abu Bakar (Pakatan Harapan) dan Datuk Mohd Rashid Hasnon (Perikatan Nasional) bergambar selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 di Dewan Seri Intan, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) hari ini.

Turut hadir Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.24 Senggarang, Ahmad Azhar Ab Hamid (dua, kiri).

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Calon Pakatan Harapan (PH) Onn Abu Bakar akan berdepan saingan dua pencabar termasuk penyandang kerusi DUN Senggarang Mohd Yusla Ismail daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Selain Mohd Yusla, Onn yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, akan berdepan dengan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi DUN itu.

Pencalonan mereka diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Ahmad Azhar Ab Hamid di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat, di sini hari ini.

Kehadiran Onn di pusat penamaan calon itu diiringi oleh pemimpin dan anggota PH termasuk Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai ini, manakala undi awal pada 7 Julai.

Berdasarkan statistik SPR, PRN Johor kali ini melibatkan 2,727,926 pemilih berdaftar, terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/

 
Back
Top
Log in Register