BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Onn Hafiz Berdepan Saingan Satu Lawan Satu Pertahan DUN Machap

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

PRN Johor: Onn Hafiz Berdepan Saingan Satu Lawan Satu Pertahan DUN Machap​

a95000a332b2704c9c6d5220cb44b5786a3f436647e22

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Izzul Helmi mengumumkan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Nor Hafiz Roslan dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Onn Hafiz Ghazi yang merupakan penyandang DUN berkenaan di pusat penamaan calon di Dewan Muafakat, Kompleks Pentadbiran Majlis Daerah Simpang Renggam hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi daripada Barisan Nasional (BN) akan berdepan saingan satu lawan satu bagi mempertahankan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Penyandang DUN itu akan ditentang oleh Nor Hafiz Roslan daripada Pakatan Harapan (PH).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Izzul Helmi Ahmad mengumumkan perkara itu di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam, di sini, selepas proses penamaan calon ditutup sepenuhnya pada 10 pagi ini.

Terdahulu, Nor Hafiz menyerahkan borang penamaan calon pada 9.03 pagi, diikuti Onn Hafiz pada 9.06 pagi.

Pada PRN lepas, Onn Hafiz menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 6,543 undi menewaskan calon PN Azlisham Azahar, calon MUDA R. Sangaran serta calon PEJUANG Sharuddin Md Salleh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 11 Julai dan selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun lepas.

Bagi mendapatkan berita terkini tentang PRN Johor ke-16, sila layari https://prn.bernama.com/johor/.

 
Back
Top
Log in Register