BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15 Ahmad Said Sedia Rebut Kerusi Parlimen Kemaman

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,260
Points
2,836

Ahmad sedia rebut kerusi Parlimen Kemaman​

NURUL ZAILA MOHD TAHIR
02 NOV 2022
A⁻A⁺

1967007.jpeg


Ahmad disambut kira-kira 200 penyokong BN sebaik tiba di kediamannya di Kijal.


KEMAMAN – Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said akur dengan keputusan pucuk pimpinan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai calon BN Parlimen Kemaman.

Beliau berkata, walaupun sebelum ini menolak untuk dicalonkan tetapi sekarang bersedia menggalas amanah tersebut memandangkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek terpaksa menarik diri kerana faktor kesihatan.

“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan oleh presiden dan pucuk pimpinan parti walau ini bukan kali pertama ditawarkan.

“Pada 1995 ketika Tan Sri Wan Mokhtar sebagai Menteri Besar (MB) saya pernah ditawarkan tetapi saya menolak.

“Kali ini saya terpaksa terima kerana cadangan pertama, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menarik diri kerana agak uzur sekarang.

“Beliau terpaksa menarik diri untuk bertanding dan saya diberi amanah menggantikannya,” katanya ketika majlis menyambut ketibaan beliau di kediamannya selepas majlis percalonan.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata, beliau yakin mampu menawan hati rakyat Kemaman yang sentiasa memerlukan khidmatnya.

“Sebagai orang biasa dan orang kampung saya bersedia berkhidmat untuk sebaik mungkin kepada rakyat Parlimen Kemaman dan Terengganu.

“Sebagai orang kelahiran Kemaman, saya tahu hasrat dan hati rakyat Kemaman.

“Kita kalah PRU lepas bukan kerana UMNO tak kuat tetapi kerana perpecahan,” katanya.



 
Semangat mcm nie la umno suka hehehe
 
Back
Top
Log in Register