BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRU15: 14 tahun jadi ADUN, Haniza intai peluang ke Dewan Rakyat

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261

Haniza (tiga dari kiri) bertemu penduduk di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dalam kempen hari ini.
Haniza (tiga dari kiri) bertemu penduduk di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dalam kempen hari ini.​





HULU SELANGOR: Selepas 14 tahun menjadi wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN), wanita pertama dilantik sebagaii Timbalan Speaker DUN Selangor, Haniza Mohamed Talha yakin berpeluang menang kerusi Parlimen ditandinginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU).

Timbalan Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu yang bertanding kerusi Parlimen Hulu Selangor, percaya rekod perkhidmatannya sebagai bekas EXCO Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selama tiga penggal akan memberinya peluang di kerusi Parlimen itu.

Penyandang kerusi DUN Lembah Jaya itu berkata, sejak dipilih sebagai ADUN Taman Medan pada 2008, beliau bekerja tanpa jemu untuk rakyat, termasuk ketika menjadi EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor antara 2018 dan 2020.

"Ketika menjadi EXCO, saya membuat perancangan untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik di negeri ini. Selangor negeri maju, tetapi malangnya masih ramai tidak mampu memiliki rumah, terutama golongan miskin bandar.

"Di bawah program Rumah Selangorku semasa saya menjadi EXCO, kami telah menyasarkan pembinaan 30,000 rumah kos rendah menjelang 2023. Antara 2018 dan 2020, lebih 10,000 unit Rumah Selangorku telah dibina.

"Buktinya ramai penduduk Selangor kini telah memiliki rumah berkat inisiatif ini," katanya yang turut menubuhkan Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Terbengkalai Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini pada 2019.

Hasilnya, beliau berkata, beberapa projek terbengkalai telah diberi nafas baharu dan memberi kelegaan kepada pihak seperti pembeli rumah.

Bagi membantu golongan miskin bandar menghadapi kos sara hidup yang tinggi, Haniza berkata, beliau memperkenalkan projek pertanian komuniti serta menyediakan bank makanan.

Katanya, inisiatif lain sebagai ADUN termasuk penubuhan dua perpustakaan di Taman Medan, menyediakan kelas bahasa Inggeris percuma untuk kanak-kanak dan wanita serta mengendalikan kelas untuk kanak-kanak istimewa.

"Kemudahan di kawasan komuniti dibaik pulih dan dinaiktaraf seperti mengecat dinding luar pangsapuri, membaiki infrastruktur yang rosak termasuk paip bocor dan menubuhkan pusat kitar semula," katanya.

Berikutan itu, beliau yakin rekod perkhidmatan dan sumbangannya sejak 14 tahun lalu sebagai wakil rakyat akan memberi kelebihan kepadanya dalam PRU15.

"Saya bukan ahli politik lain yang hanya muncul semasa musim pilihan raya, tetapi dia sentiasa turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat," katanya meminta pengundi Hulu Selangor memberikannya dan PBM peluang untuk mewakili mereka pada PRU15 ini.

"Saya akan terus menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi," katanya.
 
Back
Top
Log in Register