BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengundi Pilah mahu Adun dengar keluhan rakyat, kata calon BN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Pengundi Pilah mahu Adun dengar keluhan rakyat, kata calon BN​

713cc5c8-46e4-4903-82c2-a38dbf8ed7e0-leza-yasin-fb-300726.jpg

Calon BN DUN Pilah, S Leza Md Yasin berkata kempen beliau di PRN Negeri Sembilan adalah dengan menawarkan penyelesaian yang realistik bukannya menyerang lawan. (Gambar Facebook)

Beliau berkata, kempen yang dibawanya memberi tumpuan kepada isu kos sara hidup, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi setempat, yang menurutnya menjadi kebimbangan utama penduduk.

“Kemenangan di Pilah bukan dicapai dengan menyerang lawan, tetapi menawarkan penyelesaian yang realistik. Rakyat mahukan wakil rakyat yang sentiasa bersama mereka, bukan hanya ketika musim pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Leza berkata, jika diberi mandat, beliau akan memberi keutamaan kepada usaha menarik pelaburan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, memperkasa usahawan serta peniaga kecil, selain memastikan pembangunan benar-benar memenuhi keperluan rakyat.

Menurutnya, maklum balas diterima sepanjang kempen menunjukkan ramai peniaga kecil berdepan peningkatan kos operasi, manakala ibu bapa berharap lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan supaya anak-anak mereka tidak perlu berhijrah ke bandar besar.

“Rakyat Pilah sudah tahu apa masalah mereka. Apa yang mereka perlukan sekarang ialah seorang wakil rakyat yang mendengar, memahami dan bekerja mencari penyelesaian. Itulah komitmen saya kepada Pilah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita Umno, Rosni Zahari, yakin Leza berpeluang cerah merampas DUN Pilah, walaupun berlaku sedikit kekeliruan pada peringkat awal pemilihan calon.

Beliau berkata, Leza bukan individu asing di Pilah kerana sudah lama aktif dalam Wanita Umno dan banyak membantu masyarakat, menyebabkan beliau dikenali dalam kalangan pengundi Melayu, Cina dan India.

Rosni berkata, kesungguhan Leza turun padang dari rumah ke rumah serta sambutan positif yang diterima daripada pengundi pelbagai kaum memberi keyakinan BN berada di landasan tepat untuk merampas kerusi itu.

“Saya percaya gelombang sokongan kepada BN seperti yang berlaku di Johor akan turut dirasai di Negeri Sembilan. Mungkin ramai yang masih berdiam diri, tetapi saya yakin mereka akan membuat pilihan pada hari mengundi,” katanya.

DUN Pilah menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Leza dan calon Pakatan Harapan (PH), Noorzunita Begum Mohd Ibrahim. Pada PRN lalu, Noorzunita memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,079 undi.
 
Back
Top
Log in Register