BTC USD 76,148.2 Gold USD 4,271.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

2 calon wanita bertembung di Pilah

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

2 calon wanita bertembung di Pilah​

a3e0abc3-noorzunita-begum-mohd-ibrahim-n-s-leza-md-yasin-collage-180726-1.jpg

Penyandang daripada PH Noorzunita Begum Mohd Ibrahim dicabar S Leza Md Yasin daripada BN di DUN Pilah pada PRN Negeri Sembilan.

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Pilah, Nawal Mohammed Amin di Pejabat Daerah dan Tanah, di sini, selepas proses penamaan calon ditutup.

Terdahulu, Noorzunita Begum menyerahkan borang penamaan calon pada 9.03 pagi, diikuti Leza pada 9.09 pagi.

Sementara itu, PRN Negeri Sembilan turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Juasseh, Seri Menanti dan Senaling, manakala Johol berdepan pertembungan satu lawan satu.

Bagi DUN Juasseh, penyandang Ismail Lasim dari BN akan berdepan Aidil Abdullah (PH) dan Zuhami Md Yusof (Bersatu), manakala DUN Seri Menanti membabitkan Kamarul Arifin Wafa (PH), penyandang Muhammad Sufian Maradzi (BN) dan Megat D Shahriman Zaharuddin (Bersatu).

Keadaan sama turut berlaku di DUN Senaling yang menyaksikan saingan antara Hanis Alimin (PH), Qayyum Abd Jalil (BN) dan Izzafi Khan (Bersatu).

DUN Johol pula membabitkan pertembungan satu lawan satu antara Zailan Munawar daripada PH dengan penyandang Saiful Yazan Sulaiman (BN).

Terdahulu, Menteri Pendidikan yang juga Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek mengiringi calon PH terbabit menghantar borang pencalonan mereka.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan yang juga Naib Ketua Pemuda PKR, Taufiq Johari serta Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Besar Perak yang juga Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad mengiringi calon BN bagi DUN itu.

Pengundian awal bagi PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai, manakala hari pengundian pada 1 Ogos nanti.
 
Back
Top
Log in Register