BTC USD 84,524.3 Gold USD 4,285.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

projek ternakan...AZZ marketing

PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT PELABURAN SKIM RAJA KELI AZZ MARKETING BERHAD DITUDUH OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DI BAWAH SEKSYEN 94(1)(b) AKTA SYARIKAT 1965
Dua pengarah syarikat AZZ Marketing Berhad, Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim (‘Ridzuan Firdaus’) dan Ab Rahim Hisham Firdaus Bin Ab Rahim (‘Hisham Firdaus’), telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana melakukan kesalahan dibawah seksyen 94(1)(b) Akta Syarikat 1965.
Pertuduhan terhadap Ridzuan Firdaus dan Hisham Firdaus ialah berkaitan dengan penyalahgunaan dana pelaburan berjumlah RM450,000.00 untuk tujuan yang bertentangan dengan terma surat ikatan amanah (trust deed) Skim Raja Keli yang ditawarkan oleh Syarikat AZZ Marketing Berhad.
Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Berhad ialah merupakan satu skim kepentingan (interest scheme) yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 29 April 2011. Skim Raja Keli tersebut telah mengutip sejumlah RM10,041,600.00 wang pelaburan daripada orang awam berdasarkan penjualan 6,276 unit pelaburan pada harga RM1,600.00 seunit.
Hakim Tuan Mohd Yusoff bin Yunus telah menetapkan tarikh 30 September 2013 untuk tarikh pengurusan kes. Ridzuan Firdaus dan Hisham Firdaus telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000.00 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan oleh Cik Liyana Amira Binti Kamaludin, Pegawai Pendakwa dari SSM. Manakala Ridzuan Firdaus dan Hisham Firdaus tidak diwakili peguam.
Skim kepentingan merupakan satu bentuk perniagaan di Malaysia di mana ianya melibatkan pengumpulan wang daripada orang ramai dengan tujuan, antara lainnya, memperolehi keuntungan atau kepentingan dalam skim yang dianjurkan oleh penganjur skim. Penganjur skim kepentingan dikehendaki di bawah Akta Syarikat 1965 mendaftarkan skim kepentingan dengan pihak SSM sebelum ianya ditawarkan kepada orang ramai.
SSM sebagai badan kawal selia korporat sentiasa komited dalam memastikan bahawa kepentingan para pelabur dilindungi pada setiap masa. Tindakan pendakwaan di atas boleh dilihat sebagai salah satu usaha dan inisiatif penguatkuasaan berterusan SSM dalam melindungi kepentingan pelabur-pelabur yang melabur dalam skim kepentingan berdaftar di Malaysia.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 29 OGOS 2013

http://www.ssm.com.my/en/press-rele...m-raja-keli-azz-marketing-berhad-dituduh-oleh
 
Sama saja kesudahannya dengan lain lain projek bela binatang - Sad Ending. Moga-moga sesiapa yang nak join skim macam ni, bacalah tread ni dari mula sampai habis.
 
Ramai melayu merana pasal skim ni
 
Salam
Bagi saya tak payahlah nak bagi duit kat orang, kalau bole buat sendiri tapi kena ada sedikit usaha dan minat serta sedikit masa utk menjayakan projek keli ni,
Pasaran memang baik cuba gi tanya kat kedai atau pasar atau pasar tani berapa sekilo keli kanvas?????
nak start kena ada modal utk sepuluh kanvas lebih kurang 5 ke 10 kRM siap dengan sistem air rotation.
kena cari benih keli sekarang saya tak pasti harganya mungkin 2 3 ratus per 1000 benih keli. kalau nak tau std harga gi kat MARDI seri kembangan atau cari dalam internet pengusaha benih keli atau talapia.
next kena ada modal utk beli makanan keli utk 2 bulan, lepas 2 bulan bole jual sekilo mgkn 4 5RM . 4 ke 5 ekor dapat sekilo beratnya,
kalu kat area puchong kg aman cari hamba Allah nama dia Azlan keli dia pakai storm, dia jujur orgnya dia bole ajar tn,

sekian
wak man
 
PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT PELABURAN SKIM RAJA KELI AZZ MARKETING BERHAD DITUDUH OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DI BAWAH SEKSYEN 94(1)(b) AKTA SYARIKAT 1965
Dua pengarah syarikat AZZ Marketing Berhad, Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim (‘Ridzuan Firdaus’) dan Ab Rahim Hisham Firdaus Bin Ab Rahim (‘Hisham Firdaus’), telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana melakukan kesalahan dibawah seksyen 94(1)(b) Akta Syarikat 1965.
Pertuduhan terhadap Ridzuan Firdaus dan Hisham Firdaus ialah berkaitan dengan penyalahgunaan dana pelaburan berjumlah RM450,000.00 untuk tujuan yang bertentangan dengan terma surat ikatan amanah (trust deed) Skim Raja Keli yang ditawarkan oleh Syarikat AZZ Marketing Berhad.
Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Berhad ialah merupakan satu skim kepentingan (interest scheme) yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 29 April 2011. Skim Raja Keli tersebut telah mengutip sejumlah RM10,041,600.00 wang pelaburan daripada orang awam berdasarkan penjualan 6,276 unit pelaburan pada harga RM1,600.00 seunit.
Hakim Tuan Mohd Yusoff bin Yunus telah menetapkan tarikh 30 September 2013 untuk tarikh pengurusan kes. Ridzuan Firdaus dan Hisham Firdaus telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000.00 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan oleh Cik Liyana Amira Binti Kamaludin, Pegawai Pendakwa dari SSM. Manakala Ridzuan Firdaus dan Hisham Firdaus tidak diwakili peguam.
Skim kepentingan merupakan satu bentuk perniagaan di Malaysia di mana ianya melibatkan pengumpulan wang daripada orang ramai dengan tujuan, antara lainnya, memperolehi keuntungan atau kepentingan dalam skim yang dianjurkan oleh penganjur skim. Penganjur skim kepentingan dikehendaki di bawah Akta Syarikat 1965 mendaftarkan skim kepentingan dengan pihak SSM sebelum ianya ditawarkan kepada orang ramai.
SSM sebagai badan kawal selia korporat sentiasa komited dalam memastikan bahawa kepentingan para pelabur dilindungi pada setiap masa. Tindakan pendakwaan di atas boleh dilihat sebagai salah satu usaha dan inisiatif penguatkuasaan berterusan SSM dalam melindungi kepentingan pelabur-pelabur yang melabur dalam skim kepentingan berdaftar di Malaysia.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 29 OGOS 2013

http://www.ssm.com.my/en/press-rele...m-raja-keli-azz-marketing-berhad-dituduh-oleh

Akhirnya dibawa ke muka pengadilan jugak. Doa dr org yg teraniaya. Gelap mata kerana tamak haloba.
 
Khairil ni kawan aku masa diploma n degree..sanggup tak tamatkan degree mulakan bisnes ikan keli ni..pernah masuk tv3 dan mula popular bisnes dia..skrang ni tahun ke 4 kot usia bisnes dia...mungkin sebab gelap mata dengan duit..
 
Yep... yg kat atas tu criminal suit. Blom yg failkan sivil suit mcm victim2 yg ade dgn sy. Total claim pon dah berjuta2 vs azz ni
 
Back
Top
Log in Register