BTC USD 95,776.2 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penganjur skim pelaburan ternakan cacing kulim worm agrotech (m) sdn. Bhd. Didakwa

Azharr

Active Member
Messages
1,172
Joined
Jan 26, 2013
Messages
1,172
Reaction score
82
Points
30
PENGANJUR SKIM PELABURAN TERNAKAN CACING KULIM WORM AGROTECH (M) SDN. BHD. DIDAKWA DI MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI, KEDAH

KHAMIS, 14th February 2013 Penganjur skim ternakan cacing, Mohd Zaini bin Selaiman, Johari bin Saad dan Abdul Razak bin Ahmad daripada syarikat Kulim Worm Agrotech (M) Sdn Bhd dituduh di Mahkamah Sesyen Sungai Petani pada hari ini kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 (‘AS 1965’).

Pertuduhan yang dikenakan terhadap ketiga-tida tertuduh ialah berkaitan penawaran skim penternakan cacing kepada orang awam.

Sewaktu prosiding di Mahkamah, Johari bin Saad telah membuat pengakuan bersalah. Manakala Mohd Zaini bin Selaiman dan Abdul Razak bin Ahmad telah minta dibicarakan.

Seksyen 91(1) AS 1965 melarang individu daripada membuat penawaran kepada orang awam untuk membeli kepentingan tanpa surat ikatan amanah (approved trust deed) yand diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (‘SSM’). Jika sabit kesalahan, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM100, 000 atau kedua-duanya sekali.

Tuan Hakim Ikmal Hisham bin Mohd Tajuddin, Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani membenarkan Mohd Zaini bin Selaiman dan Abdul Razak bin Ahmad dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 seorang dengan seorang penjamin. Kes kini ditetapkan untuk jatuh hukum dan sebutan pada 26 Mac 2013.

En. Ramle bin Leen dan En.Zolkapli bin Long@ Mohamad hadir bagi pihak pendakwaan.

Tindakan pendakwaan di atas jelas menunjukan usaha SSM dalam mengekang aktiviti penawaran pelaburan haram atau skim pelaburan yang tidak berdaftar yang mengutip wang pelaburan daripada orang awam. SSM ingin menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan dalam skim-skim pelaburan yang menawarkan pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
TARIKH : 15 Februari 2013.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register