BTC USD 62,268.8 Gold USD 2,632.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Mega Srgold Exchange-Scammer Wanted-Urgent

Rentetan peristiwa berkaitan dengan SRGold...

Dalam beberapa bulan ini, saya telah menerima puluhan panggilan berkenaan dengan SRGold untuk bertanyakan situasi terkini. Akan tetapi sepertimana jawapan saya sebelum ini. Saya tidak tahu menahu apa-apa berkenaan dengan aktiviti SRGold yang terkini selain perkhabaran berkenaan scam tersebut merebak di serata Malaysia.

Sehinggalah pada 8 Julai 2013, saya telah menerima panggilan daripada Tai, iaitu salah seorang pelabur dalam skim SRGold. Dikhabarkan beliau telah melabur sebanyak RM20,000 sekitar awal Jun 2013. Dibawah adalah antara gambar-gambar bukti kemasukan wang secara berperingkat ke dalam akaun CEO SRGold Exchange Berhad, Shaful Mohd Radzi iaitu terus ke akaun peribadi tanpa melalui akaun srgold.

transfer1_zps9199cb8d.jpg



transfer2_zps68fa77d7.jpg


Tujuan pelaburan dibuat adlah berikutan Shaful mencari pelabur baru dalam perniagaannnya iaitu SRG Score IT dengan perjanjian pulangan wang dalam tempoh beberapa bulan sahaja termasuk modal dan keuntungan. Akan tetapi setelah beberapa hari melabur, Tai mula mencari info di dalam forum Carigold.com ini dan mendapati bahawa program SRgold hanya scam semata-mata. Dia mula meminta pulangan kembali wangnya sebanyak RM 20,000 tersebut kerana jika menurut perjanjian. Jika beliau tidak berminat dengan pelaburan tersebut. Beliau boleh menuntut kembali wangnya. Namun pelbagai alasan telah diberi oleh pihak Shaful dan pengurusan SRGold.

Sehinggalah Tai menyatakan bahawa dia ingin membuat laporan polis dan media. Barulah shaful setuju untuk berjumpa dengan Tai setelah berkali-kali didesak dengan tujuan untuk menyerahkan cek bernilai RM20,000 tersebut.

Pada 9 Julai 2013, Tai bersama-sama pemegang akaun iaitu sepupunya Nurul Esni telah berjmpa dengan Shaful dengan tuan untuk mendapatkan cek tersebut. Berikut gambar-gambar dibawah adalah gambar Scammer Dato'? Shaful ketika sedang menandatangani cek.

IMG-20130801-WA0016_zps62e3e2bc.jpg


IMG-20130801-WA0017_zps0fabbffd.jpg


IMG-20130801-WA0015_zps98208c64.jpg


IMG-20130801-WA0025_zps4ef89139.jpg


Akan tetapi malangnya, cek yang diserahkan atas nama syarikat tersebut hanyalah cek tendang

cektendang_zps81cf816e.jpg


Sehingga akhirnya, cuma RM3,000 sahaja yang dibayar oleh pihak SRGold kepada mangsa manakala baki RM 17,000 gone without wind.

Saya juga telah mendapat info kira-kira 400 orang lebih telah ditipu disekitar Malaysia dengan jumlah pungutan dikhabarkan lebih RM10 Juta. Oleh itu, bagi sesiapa yang masih belum menyertai SRGold. Saya harap anda bertindak bijak. Kini saya dikhabarkan Shaful aktif di Ipoh dan Kemaman. maka, Hati2lah anda..

Kepada mangsa-mangsa sekalian, kami memerlukan kerjasama dari kalian untuk memastikan scammer aka sampah masyarakat ini dapat diheret ke muka pengadilan.

Sesiapa yang memerlukan salinan kad pengenalan beliau. Boleh minta dengan saya. Nombor telefon ada diatas atau boleh terus hubungi Tai-014-3330334 kerana sekarang beliau sibuk mengumpulkan bukti untuk dibawa ke pihak media seperti TV3 dan lain-lain serta Bank Negara Malaysia (BNM). Saya tahu, ramai yang menunggu 15 Ogos 2013 kerana Shaful telah berjanji untuk bayar sebahagian wang anda pada hari tersebut. Akan tetapi, pada hemat saya, itu hanya janji-janji kosong setelahmana dia menipu anda banyak kali sebelum ini.


Saya juga berharap kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman melabur dengan beliau agar dapar berkongsi cerita anda disini
sebagai iktibar kepada orang lain.

Dibawah saya sertakan lagi gambar-gambar beliau supaya anda lebih berhati-hati jika berhadapan dengannya.

IMG-20130801-WA0024_zps1b8198b1.jpg


IMG-20130801-WA0021_zps092c8a23.jpg



:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
Last edited:
Sponsored Post

Saya nak tanya rakan2.. mamat atas ni dah tiru tandatangan saya untuk sebuah syarikat Berhad... Saya dah membuat laporan di SSM. Saya telah disoal siasat oleh pihak SSM lebih kurang 3 jam pada bulan April yg lalu dan 20 sampel dokumen telah diserahkan kepada pihak SSM untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pengesahan peniruan. Setelah 3 bulan berlalu, keputusan keluar dan disahkan oleh Jabatan Kimia Malaysia bahawa tandatangan dalam resolusi perletakan jawatan saya sebagai salah seorang pengarah syarikat itu adalah tandatangan tiru. Namun begitu, saya dinasihatkan oleh pihak SSM untuk menarik balik kes tersebut dengan alasan proses mahkamah mengambil masa yang lama dan saya juga berisiko untuk kalah dalam kes tersebut kerana jika semua pengarah yang terbabit melaporkansaya menipu. Saya mungkin disabitkan kes. Sebenarnya saya sendiri pun pening.. dah sah2 Jabatan Kimia ckp tandatangan tiru.. adakah saya boleh kalah perbicaraan dengan cara tersebut. Saya berharap agar rakan2 CGrian yg lebih berpengalaman dapat memberikan pandangan. Segala kerjasama pihak rakan2 amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
 
Lesson Learnt.. Please Take Note Everybody... Bertindak jangan hanya komen.....

Skim Pengambilan Deposit Secara Haram / Skim Cepat Kaya


PENGENALAN
Terdapat bermacam-macam jenis aktivit pengambilan deposit secara haram, di mana bentuk setiap aktiviti tersebut adalah berlainan. Pengambilan deposit secara haram yang sedemikian biasanya dikenali sebagai aktiviti “skim cepat kaya” di mana kebiasaannya, sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya atas terma-terma bahawa wang deposit tersebut akan dipulnag balik dengan faedah atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.
Janji-janji faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi inilah yang mengakibatkan orang ramai tertarik untuk turut serta melabur di dalam skim yang dianjurkan. Tiada jaminan bahawa pihak penganjur boleh terus membayar pulangan yang tinggi. Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit yang sebelumnya. Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan keuntungan yan sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada. Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ianya akan gagal dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.

SOALAN-SOALAN LAZIM
S1: Apakah maksud "deposit"?
Dalam konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut:
Sejumlah wang diberikan kepada penganjur skim tersebut yang mungkin adalah sebuah syarikat, perkongsian, perniagaan pernilik tunggal atau seorang indiviclu.
Penganjur menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi atas setiap deposit dalarn jangkamasa yang pendek. Ada juga skim yang memberi pelbagai bentuk ganjaran kepada para pendepositnya.
Mengikut terma-terma skim tersebut, deposit clan keuntungan akan diberi balik kepada pendeposit pada satu tarikh yang ditetapkan. Tarikh ini boleh ditetapkan oleh penganjur skim atau dipersetujui bersama antara pendeposit dan penganjur skim. Ada kalanya, pendeposit boleh menuntut pulangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.
Deposit tersebut juga boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalarn bentuk logarn berharga, batu berharga, barangan kernas, barangan elektrik atau kereta.


S2: Apakah maksud "pengambilan deposit secara haram"?
la adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit tanpa lesen sah di bawah Akta Bank clan Institusi‑Institusi Kewangan 1989 (ABIK). Menjalankan suatu operasi skim cepat kaya yang melibatkan pengambilan deposit adalah suatu kesalahan dari segi undang‑undang kerana penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk menerima deposit.

S3 : Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram ?
Penganjur tidak mempunyai lessen sah untuk mengumpul deposit.
Penganjur menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangkamasa yangpendek. Pulangan ini selalunya lebih tinggi daripada faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan.
Selain daripada wang tunai, sebahagian daripada pulangan boleh dibayar dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalam bentuk kupon, barangan , barangan kemas atau barangan elektrik


S4. Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit ? Hanya institusi-institusi yang dilesenkan dan beberapa institusi-institusi yang dibenarkan boleh menerima deposit daripada orang ramai. Contoh-contohnya adalah :
Bank-bank Perdagangan
Syarikat-syarikat kewangan
Lain-lain (institusi-institusi yang dibenarkan seperti Bank-bank Saudagar, Syarikat-syarikat Diskaun, bank Kerjasama Rakyat, Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar dan institusi lain yang diberi kuasa di bawah undang-undang untuk menerima deposit)
NOTA : Jika anda mempunyai sebarang keraguan samaada sesuatu institusi itu dibenarkan mengambil deposit atau tidak, silalah hubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan pengesahan (sila rujuk Soalan 11)



S5: Apakah hukuman bag! pengambilan deposit secara haram?

Hukuman maksima bagi pengambilan deposit secara haram adalah penjara ticiak melebihi 10 tahun dan/atau denda tidak melebihi RM 10 juta dan denda sebanyak RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.



S6: Siapakah yang biasanya menjadi penganjur skim cepat keys? Penganjur skim cepat kaya mungkin seorang individu, perkongsian atau syarikat. Penganjur tersebut mungkin mendapat sijil pendaftaran daripada Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan untuk memberi gambaran bahawa perniagaan yang dijalankan adalah sah. Walaubagaimanapun, sijil pendaltaran tersebut tidak memberi kuasa kepada penganjur untuk mengambil deposit.



S7: Siapakah yang biasanya menjadi mangsa skim cepat kaya? Para pendeposit yang terlibat merangkumi semua peringkat masyarakat yang inginkan pulangan yang tinggi dan cepat tanpa mengambil kira risiko yang terbabit. Mereka ini mungkin seclar akan risiko tinggi tetapi masih memilih untuk tidak mengendahkan risiko tersebut demi pulangan tinggi yang dijangkakan. S8: Apakah risiko-risiko yang terbabit bagi penyertaan di deism skim pengambilan deposit secara harem? Risiko-risikonya adalah:

Membebankan clan merugikan diri sendiri serta keluarga jika mereka telah menggunakan kesernua wang simpanan seumur hiclup, mengeluarkan simpanan dari ASB atau menciapatkan pinjaman dari bank atau koperasi hanya untuk menyertaii skim tersebut. Mereka akan cepat papa, bukannya cepat kaya.
Menghadapi tuduhan bersubahat atau bersekongkol dalam aktiviti pengambilan deposit secara hararn di bawah ABIK. Hukuman bagi kesalahan bersubahat adalah serupa seperti yang clikenakan ke atas penganjur aktiviti pengambilan deposit secara haram.


S9: Bagaimanakah seseorang boleh kehilangan wang di dalam skim pengambilan deposit secara haram? Seseorang pendeposit boleh kehilangan atau kerugian wang di dalam skim pengambilan deposit secara haram apabila:
Skim tersebut gagal. Memandangkan dana kebanyakan skim pengambilan deposit secara haram adalah daripada deposit ahli-ahlinya, skim tersebut akan berterusan selagi ahli yang wujud atau ahli baru mendepositkan wang. Jika tiada seorang pun yang menyumbangkan wang, penganjur ticlak akan clapat menanggung pernbayaran pulangan yang tinggi. Pada masa itu, skim tersebut akan gagal clan para pendeposit akan kehilangan wang mereka.
Sejak dari awal, penganjur memang tidak berniat untuk memulangkan wang deposit dan melarikan diri bersama wang yang telah dikumpul.


S10: Mengapakah skim cepat kaya masih wujud? Selagi orang ramai dikaburi dengan janji-janji pulangan yang tinggi clan menyertai skim-skim ini tanpa mengambil kira risiko yang terbabit, skim ini akan terus wujud. Mereka yang ticlak berwaspada clan terpeclaya dengan janji-janji pulangan yang tinggi akan sebenarnya membantu mernastikan skim-skim ini berterusan clan akan terus kehilangan wang simpanan mereka.

S11: Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai kegiatan pengambilan deposit secara haram atau skim cepat kaya ? Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklumat secara bertulis kepada :BANK NEGARA MALAYSIAJabatan Perkhidmatan Korporat,
Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpuratau melalui :
E-mail - [email protected]
Telefon - 03-2694 6480 / 03-2694 6437
Faksimili - 03- 2691 2990
 
Alhamdulillah.. semakin banyak bukti2 daripada mangsa sedari tahun 2005 hingga kini telah berjaya dikumpulkan.. Cuma dia masih menghilangkan diri sampai sekarang.. Wallahualam kemana dia menghilang.. Sesiapa yang mendapat info ke mana dia sekarang.. Tolong beritahu kami.. Jasa anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.. By the way.

Please feel free to like page FB scammer ni...


http://www.facebook.com/srgold.penipu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register