fareastz
Active Member
- Messages
- 1,672
- Joined
- Oct 8, 2009
- Messages
- 1,672
- Reaction score
- 39
- Points
- 30
PENGARAH-PENGARAH SYARIKAT PELABURAN SKIM RAJA KELI AZZ MARKETING BERHAD DITUDUH OLEH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA DI BAWAH SEKSYEN 94(1)(b) AKTA SYARIKAT 1965
Dua pengarah syarikat AZZ Marketing Berhad, Abdul Khairil Ridzuan Firdaus Bin Abdul Rahim (‘Ridzuan Firdaus’) dan Ab Rahim Hisham Firdaus Bin Ab Rahim (‘Hisham Firdaus’), telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu kerana melakukan kesalahan dibawah seksyen 94(1)(b) Akta Syarikat 1965.
Pertuduhan terhadap Ridzuan Firdaus dan Hisham Firdaus ialah berkaitan dengan penyalahgunaan dana pelaburan berjumlah RM450,000.00 untuk tujuan yang bertentangan dengan terma surat ikatan amanah (trust deed) Skim Raja Keli yang ditawarkan oleh Syarikat AZZ Marketing Berhad.
Skim Raja Keli anjuran AZZ Marketing Berhad ialah merupakan satu skim kepentingan (interest scheme) yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 29 April 2011. Skim Raja Keli tersebut telah mengutip sejumlah RM10,041,600.00 wang pelaburan daripada orang awam berdasarkan penjualan 6,276 unit pelaburan pada harga RM1,600.00 seunit.
Hakim Tuan Mohd Yusoff bin Yunus telah menetapkan tarikh 30 September 2013 untuk tarikh pengurusan kes. Ridzuan Firdaus dan Hisham Firdaus telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000.00 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dijalankan oleh Cik Liyana Amira Binti Kamaludin, Pegawai Pendakwa dari SSM. Manakala Ridzuan Firdaus dan Hisham Firdaus tidak diwakili peguam.
Skim kepentingan merupakan satu bentuk perniagaan di Malaysia di mana ianya melibatkan pengumpulan wang daripada orang ramai dengan tujuan, antara lainnya, memperolehi keuntungan atau kepentingan dalam skim yang dianjurkan oleh penganjur skim. Penganjur skim kepentingan dikehendaki di bawah Akta Syarikat 1965 mendaftarkan skim kepentingan dengan pihak SSM sebelum ianya ditawarkan kepada orang ramai.
SSM sebagai badan kawal selia korporat sentiasa komited dalam memastikan bahawa kepentingan para pelabur dilindungi pada setiap masa. Tindakan pendakwaan di atas boleh dilihat sebagai salah satu usaha dan inisiatif penguatkuasaan berterusan SSM dalam melindungi kepentingan pelabur-pelabur yang melabur dalam skim kepentingan berdaftar di Malaysia.
DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)
TARIKH : 29 OGOS 2013
http://www.ssm.com.my/en/press-rele...m-raja-keli-azz-marketing-berhad-dituduh-oleh