Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Projek Pembesaran KKIA Akan Dimulakan Sebaik Isu Berkaitan Tanah Selesai - Hasbi
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah
Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bernilai hampir RM500 juta akan dimulakan sebaik isu berkaitan tanah dan tapak diselesaikan bersama Kerajaan Negeri Sabah, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Beliau berkata peruntukan bagi projek berkenaan telah diluluskan, namun beberapa perkara berkaitan keperluan kawasan, tapak pembesaran serta beberapa bahagian berhampiran landasan sedia ada masih perlu dimuktamadkan.
“Bagi (projek pembesaran) Lapangan Terbang Tawau sedang dilaksanakan, tetapi bagi KKIA, kalau semua hal tanah ini sudah diselesaikan, rasanya projek itu nak dibangunkan. Tapi perincian berkaitan tapak tanah ini kita tunggu dulu keputusan kerajaan Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shahelmey Yahya (BN-Putatan) pada Sesi Soal Jawab di Dewan Rakyat hari ini berkaitan status pembangunan KKIA dan Lapangan Terbang Tawau seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2026.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2026 pada Oktober lepas, memgumumkan memperuntukkan RM2.3 bilion bagi pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri yang dijangka siap menjelang 2028.
Menjawab soalan asal Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) sama ada kerajaan merancang menaik taraf Lapangan Terbang Pulau Pangkor atau membuka semula perkhidmatan penerbangan komersial ke pulau itu, Hasbi berkata perjalanan menerusi laut kekal menjadi pilihan utama pelancong dan penduduk ke pulau tersebut ketika ini.
Beliau berkata kerajaan mengalu-alukan mana-mana syarikat penerbangan yang berminat untuk memulakan operasi di lapangan terbang itu, manakala Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sentiasa terbuka menerima cadangan berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk beroperasi bergantung kepada penilaian komersial serta daya maju perniagaan oleh syarikat penerbangan terbabit.
“Lapangan Terbang Pulau Pangkor sebelum ini pernah mengendalikan perkhidmatan charter oleh Berjaya Air menggunakan pesawat Dash 7 dan SKS Airways dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, namun perkhidmatan itu dihentikan pada Mei 2022.