BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Tanah Hampir Selesai, SJKT Bandar Segamat Bakal Miliki Kemudahan Sukan Lebih Baik

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Isu Tanah Hampir Selesai, SJKT Bandar Segamat Bakal Miliki Kemudahan Sukan Lebih Baik​

435bd6e82afc477663116a88edf7706b6a30afc97f469

Kredit: Fb Dr Zaliha Mustafa

SEGAMAT, 16 Jun (Bernama) – Penantian selama 43 tahun warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bandar Segamat untuk memiliki kemudahan sukan yang lebih sempurna kini memasuki fasa penyelesaian apabila sekolah itu menerima Surat Kebenaran Awal Penggunaan Tanah bagi tapak yang dicadangkan sebagai padang sekolah.

Ahli Parlimen Sekijang Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata perkembangan itu membuka jalan kepada penyelesaian isu persempadanan Lot 8740 yang berlarutan sejak 1983 sehingga menyebabkan tanah berkenaan tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Beliau berkata hasil semakan mendapati terdapat perbezaan maklumat persempadanan dalam rekod beberapa agensi, sekali gus menjadi punca utama kelewatan pembangunan kemudahan sukan di sekolah berkenaan.

“Saya telah membawa sendiri dokumen serta pelan berkaitan untuk perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bagi tindakan susulan.

“Alhamdulillah, hari ini (semalam) pihak sekolah menerima Surat Kebenaran Awal Penggunaan Tanah yang menjadi langkah penting ke arah penyelesaian muktamad isu yang telah berlarutan selama 43 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kelewatan itu menyebabkan beberapa generasi murid tidak dapat menikmati kemudahan sukan yang lebih baik walaupun sekolah berkenaan terkenal dengan pencapaian cemerlang, khususnya dalam sukan hoki.

Dr Zaliha berkata apabila urusan berkaitan diselesaikan sepenuhnya kelak, pihak sekolah dapat merancang pembangunan padang dan kemudahan sukan secara lebih teratur demi manfaat murid serta komuniti setempat.

“Yang lebih penting, murid-murid akan mempunyai ruang yang lebih sesuai untuk pendidikan jasmani, latihan hoki dan pelbagai aktiviti kokurikulum.

“Lebih banyak bakat dapat dicungkil dan lebih ramai anak Sekijang berpeluang mengharumkan nama sekolah serta daerah pada peringkat lebih tinggi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register