BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Tanah Ladang Komersial Felda-Terengganu Hampir Selesai - Ahmad Zahid

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141
aa27c90c7ed59e6e6b345e4ea7daa9ff69887591a8306

KUALA NERUS, 8 Feb -- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditemui media pada majlis perasmian Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini, hari ini.

- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Isu tanah ladang komersial antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kerajaan Negeri Terengganu hampir selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beberapa siri perbincangan antara Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Bahagian Kawalan FELDA (BKF) telah diadakan sebelum ini.

"Hampir selesai… insya-Allah akan selesai dalam waktu yang paling terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026 dan Pelancaran Pelan Strategik KKDW Tahun 2026-2030 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Sebelum ini, Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar selepas mendakwa ia telah diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.

Penyerahan notis itu dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Terengganu melanjutkan tempoh remedi kepada FELDA susulan perkembangan positif hasil rundingan.

 
Back
Top
Log in Register