BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Felda Yakin Isu Tanah Komersial Dengan Terengganu Capai Penyelesaian Positif

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,137
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,137
Reaction score
346
Points
141
58813a5c3f341767b170092f791839396895dc07ec91f

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Kredit: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yakin isu tanah ladang komersial antara agensi itu dengan Kerajaan Negeri Terengganu akan berakhir dengan penyelesaian positif dan berkekalan bagi kedua-dua pihak.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata siri rundingan antara Felda dan Kerajaan Negeri Terengganu yang berlangsung sejak lebih sebulan lepas kini sampai ke peringkat akhir.

“Kita sudah sampai ke peringkat akhir supaya satu titik pertemuan, banyak tolak ansur, banyak memahami antara satu sama lain dapat dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Buffet Review Sinar Ramadan 2026 anjuran Felda Residence Kuala Terengganu (FRKT), di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata sebarang hasil rundingan itu perlu melalui beberapa proses termasuk akan dibawa ke pengetahuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga FELDA dan Kementerian Kewangan.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata pengoperasian di 10 ladang yang terjejas disebabkan isu tersebut kini masih diteruskan oleh FGV Holdings Bhd (FGV) demi kelangsungan dan kesejahteraan peneroka FELDA.

“Walaupun tanah yang terlibat itu dikendalikan oleh FGV tetapi ia menjadi sumber pendapatan FELDA untuk menampung keperluan peneroka kesemuanya.

“Banyak sumbangan atau bantuan kepada peneroka kita tidak gunakan hasil daripada peneroka tetapi dari tanah-tanah lain yang diperuntukkan kepada FELDA (untuk diusahakan),” katanya.

Sebelum ini, Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar selepas mendakwa ia telah diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.

Penyerahan notis itu dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.

 
Back
Top
Log in Register