BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keputusan Rundingan Terengganu-FELDA Positif, Kata SUK

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
d9c537f9e7cda8e27872624f5fe33f5e63f8d9363766f


Rundingan antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengenai isu tanah ladang komersial berakhir dengan keputusan positif.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Zulkifli Ali berkata rundingan antara kedua-dua pihak, yang berlangsung sejak lebih sebulan lepas, berakhir semalam.

“Semalam dah bincang... sudah selesai... hasil positif,” katanya kepada pemberita di majlis meraikan beliau yang akan bersara wajib pada 9 Jan ini.

Beliau juga berkata kedua-dua pihak dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Terengganu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah yang diusahakan FELDA di 10 ladang seluas kira-kira 15,000 hektar selepas mendakwa ia telah diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan selama lebih 40 tahun.

Penyerahan notis terbabit dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Terengganu melanjutkan tempoh remedi kepada FELDA selama sebulan sehingga esok susulan perkembangan positif hasil rundingan tersebut.

 
Back
Top
Log in Register