Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,774
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,774
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media pada Perhimpunan Bulanan Disember KKDW Tahun 2025 hari ini.
Resolusi berhubung isu 10 ladang FGV Holdings Bhd (FGV) yang dikenakan notis larangan menceroboh oleh kerajaan Terengganu akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan FGV sedang bermesyuarat hari ini bagi membincangkan saranan, cadangan serta penyelesaian berhubung isu berkenaan.
"Sekarang ini sedang berlangsung mesyuarat Lembaga Pengarah FELDA dan FGV. Saya sendiri akan membawa isu ini ke mesyuarat Jemaah Menteri esok.
“Saya yakin beberapa saranan dan cadangan daripada mesyuarat Lembaga Pengarah akan disampaikan kepada saya, dan saya akan bentangkan esok bagi membolehkan beberapa langkah tindakan segera dilakukan oleh kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.
Ditanya mengenai keperluan mewujudkan pasukan khas bagi meneliti isu terbabit supaya tidak berulang di negeri lain, Ahmad Zahid berkata tiada keperluan berbuat demikian.
"Saya tidak nampak ada masalah kerana perkara ini boleh dibawa ke Majlis Tanah Negara serta dibincangkan bersama Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri. Lazimnya, isu sebegini diselesaikan di peringkat itu, bukan melalui tindakan undang-undang atau pengosongan premis.
"Segala-galanya boleh dirundingkan walaupun negeri terbabit tidak sealiran dengan Putrajaya," katanya.
Ditanya mengenai bila beliau akan bertemu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bagi membincangkan isu ini, Ahmad Zahid berkata tarikh masih belum ditetapkan.
Isu Tanah Ladang: Hasil Mesyuarat FELDA, FGV Dibentangkan Di Kabinet Esok - TPM Ahmad Zahid
Ahmad Zahid Hamidi, isu tanah, ladang, FELDA, FGV,