BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Projek Bilik Darjah Modular Siap Menjelang Disember Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,141
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,141
Reaction score
346
Points
141

Projek Bilik Darjah Modular Siap Menjelang Disember Ini​

46a239ed513ad38f3480899f02317d566a7465d19ab76

d8eab26fecb67a55f702b9cf1ecaceaf6a7465e75675d

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan (kanan) beramah mesra bersama kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika mengadakan lawatan kerja ke Pejabat JKR Daerah Alor Gajah, hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Projek pembinaan bilik darjah tambahan menggunakan Modular Precast System (MPS) di bawah Program Cakna MADANI dijangka siap sepenuhnya Disember ini, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata penggunaan sistem pembinaan berkenaan membolehkan projek dilaksanakan lebih pantas mengikut jadual, sekali gus memastikan kemudahan itu dapat digunakan bagi sesi persekolahan tahun satu 2027.

"Secara umum saya menjawab soalan (perkembangan pembinaan) itu, ada jumlah yang tertentu di seluruh negara. Oleh kerana kita menggunakan sistem modular MPS, maka segalanya mengikut jadual.

"Sebelum hujung tahun, sekolah-sekolah yang diperlukan itu akan siap," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan turun padang dan meninjau projek pembangunan Persekutuan di Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Alor Gajah di sini hari ini.

Ahmad berkata idea menggunakan MPS dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lepas, kerana teknologi itu terbukti mampu mempercepat pembinaan tanpa menjejaskan kualiti.

Beliau berkata sistem berkenaan mengambil inspirasi daripada kaedah pembinaan modular di China yang mampu menyiapkan bangunan 10 tingkat dalam tempoh hanya 28 jam 45 minit.

"Kos dia lebih murah, lebih pantas, kualiti tetap sama. Ketahanan puluhan tahun lagi juga. Setakat ini kita hanya buat bangunan tambahan, namun prinsipnya boleh digunakan untuk bangunan kekal," katanya.

Beliau berkata di daerah Alor Gajah, JKR sedang melaksanakan pembinaan bilik darjah tambahan tahun satu sesi 2027 di bawah Program Cakna MADANI membabitkan 14 sekolah dengan kos keseluruhan RM12.05 juta.

Selain itu, jabatan berkenaan turut melaksanakan pembinaan baharu Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB) dan Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung di dua sekolah dengan nilai projek RM1.83 juta.

 
Back
Top
Log in Register