BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

34 Projek Sakit PR1MA Siap Sepenuhnya Menjelang Mac Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
c0dd32a546389e55b9b47a6015845809696b6cd136f45

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (lapan, kanan) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow (enam, kanan) bergambar bersama pembeli Rumah Mampu Milik Ideal Venica Residency pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Mampu Milik.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan semua projek perumahan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum ini dikategorikan sebagai projek sakit atau terbengkalai dapat disiapkan sepenuhnya menjelang Mac ini.

Menterinya Nga Kor Ming berkata ketika mula diberi amanah menerajui kementerian itu, sebanyak 34 projek PR1MA berada dalam status projek sakit dan terbengkalai, namun hasil komitmen bersama perbadanan itu, kesemua projek berkenaan kini berjaya disiapkan sepenuhnya.

“Waktu saya ambil alih, ada 34 projek (PR1MA) sakit tetapi saya dengan aku janji bersama Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Brian Iskandar Zulkarim yang menjelang Hari Raya tahun ini, iaitu Mac nanti kesemua 34 projek ini siap sepenuhnya 100 peratus.

"Semua projek itu memperoleh Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) serta kunci akan diserahkan kepada pembeli, sekali gus memastikan tiada lagi projek PR1MA berstatus sakit," katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Mampu Milik Ideal Venice Residency, di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Ideal Property Group Tan Sri Alex Ooi serta 20 pemilik rumah yang akan menerima kunci kediaman baharu mereka.

Nga menyifatkan pencapaian itu sebagai permulaan baharu bagi sektor perumahan negara, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memulakan 2026 dengan lebih berdaya maju.

Sementara itu, Brian Iskandar yang ditemui Bernama selepas majlis itu berkata daripada 33 projek telah siap sepenuhnya manakala hanya satu masih dalam fasa akhir.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan dengan lebih lanjut memandangkan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac. .

Projek Ideal Venice menawarkan 1,632 unit kediaman berkonsepkan kondominium pada harga RM300,000 seunit dengan setiap unit berkeluasan 850 kaki persegi dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air serta balkoni peribadi.

 
Back
Top
Log in Register