BTC USD 75,787.3 Gold USD 4,322.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bilik Darjah SK Setia Alam Musnah Terbakar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,120
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,120
Reaction score
346
Points
141

Bilik Darjah SK Setia Alam Musnah Terbakar​

71eefe39e0ab31c0b03b003a7247aa616a608afaf1d36


Sebuah bilik darjah di Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam di sini, musnah seratus peratus dalam kebakaran petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

Beliau berkata guru besar sekolah itu memaklumkan murid-murid tidak berada di dalam bilik darjah ketika kejadian berkenaan berlaku.

“Empat anggota termasuk pegawai bersama-sama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.20 petang tadi.

"Hasil pemeriksaan mendapati sebuah bilik darjah di sekolah itu terbakar 100 peratus dan kebakaran berjaya dipadamkan sebelum pihak bomba tiba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashrul Riezal berkata kerja-kerja pemadaman susulan sedang dilakukan menggunakan dua aliran hos dan satu pancutan air daripada jentera bomba.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video orang awam memaparkan kepulan asap di kawasan SK Setia Alam.

 
Back
Top
Log in Register