BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPM Lulus RM200,000 Baiki Bilik Darjah Di SK Setia Alam Yang Terbakar - Fadhlina

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

KPM Lulus RM200,000 Baiki Bilik Darjah Di SK Setia Alam Yang Terbakar - Fadhlina​

37138606c09c34fc9c1341d2650529006aaa1804c33e8

Kredit : Fb Fadhlina Sidek

Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan RM200,000 bagi kerja pembaikan awal dan elektrikal di Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam di Shah Alam, Selangor, susulan kebakaran yang memusnahkan sebuah bilik darjah sekolah itu Isnin lepas.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata pasukan teknikal kementerian turun ke sekolah berkenaan sehari selepas kejadian bagi mengambil tindakan susulan.

Beliau berkata sementara siasatan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat dijalankan, langkah diambil bagi memastikan bahagian sekolah yang selamat dapat terus digunakan, manakala kerja pembaikan akan dimulakan sebaik sahaja siasatan selesai.

“Kita mahu anak-anak dapat meneruskan pembelajaran dan kembali ke bilik darjah mereka dalam keadaan selamat dan selesa secepat mungkin,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Fadhlina turut menghargai tindakan pantas guru SK Setia Alam, yang membantu mengawal kebakaran sementara menunggu pasukan bomba tiba.

“Dalam keadaan cemas, cikgu-cikgu ini tidak hanya berdiri melihat. Mereka turut melawan api … terima kasih kerana menjaga sekolah ini seperti rumah sendiri,” katanya.

Dalam kejadian petang Isnin, sebuah bilik darjah berkeluasan 55.74 meter persegi di SK Setia Alam terbakar 100 peratus, namun tiada murid berada di dalam bilik berkenaan, dan api dipadamkan sebelum anggota bomba tiba di lokasi.

 
Back
Top
Log in Register