BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Program Iftar Perdana UniSZA Perkasa Kebajikan Pelajar Asnaf

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
3c932ac37fe187a933fa7b3e2a9664cc69b0ed1bc95ee

Kredit: FB - Universiti Sultan Zainal Abidin

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berjaya mengumpul sebanyak RM713,975.48 sumbangan daripada pelbagai agensi, institusi kewangan dan orang perseorangan menerusi Majlis Iftar Perdana, malam tadi.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata sumbangan tersebut akan dimanfaatkan untuk kebajikan pelajar khususnya asnaf fakir dan miskin.

Beliau berkata sumbangan berkenaan bukan sahaja membantu meringankan beban pelajar, malah memberi peluang kepada mereka meneruskan pengajian secara lebih selesa.

"UniSZA amat menghargai komitmen ditunjukkan semua pihak termasuk syarikat korporat, perbankan dan agensi dalam menyokong pembangunan dan kebajikan pelajar.

"Sebahagian daripada sumbangan ini juga akan dimanfaatkan untuk memperkasakan pembangunan keusahawanan serta kemudahan pembelajaran pelajar di UniSZA," katanya dalam kenyataan hari ini.

 
Back
Top
Log in Register