kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada media semasa Lawatan Kerja ke Depot Imigresen Sementara, Bidor hari ini.
Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bukan bermakna pelarian akan terus menetap di negara ini, sebaliknya pengurusan golongan itu tetap berakhir dengan tiga ketetapan muktamad iaitu repatriasi, penempatan ke negara ketiga atau pengusiran.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata program perintis yang bermula secara rasmi pada 1 Jan lepas dilaksanakan selaras Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nombor 23 (Semakan 2023) bagi memastikan pengurusan pelarian dan pemohon suaka di negara ini lebih tersusun, terancang dan berperikemanusiaan.
"Jadi jalan akhir kepada program DPP ini tetap tiga, bukan bermaksud daftar DPP, match (dipadankan) dengan majikan, dia (pelarian) dah selesai, boleh settle down (menetap) di sini, tidak. Penamatnya tetap tiga iaitu repatriasi, penempatan ke negara ketiga dan pengusiran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka (PPKPPS) Bidor, di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban serta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata pelaksanaan fasa satu Program DPP memberi tumpuan kepada proses Penentuan Status Pelarian (RSD) terhadap pelarian yang kebanyakannya warga Myanmar etnik Rohingya yang sedang ditahan di depot imigresen seluruh negara.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini mengetuai 20 kementerian dan agensi kerajaan untuk merekodkan maklumat, biometrik, pengecaman wajah serta rakaman suara golongan berkenaan menggunakan sistem yang dibangunkan melalui Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) bagi membina pangkalan data domestik yang komprehensif.
“Sebagai permulaan, pelarian ini datang dari pelbagai negara tetapi yang kita dulukan fasa pertama ini untuk etnik Rohingya warga Myanmar melibatkan sejumlah 4,010 orang dengan pecahannya adalah 4,008 warga Myanmar, seorang Sudan dan seorang Syria,” katanya.
Beliau berkata data komprehensif tersebut turut berpotensi digunakan untuk program padanan kerja melibatkan pelarian umur produktif antara 20 hingga 40 tahun bagi mengisi kekosongan dalam lima sektor ekonomi utama iaitu perkilangan, pembinaan, pertanian, peladangan dan perkhidmatan.
Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin
Saifuddin Nasution Ismail, KDN, DPP, pelarian, dep