BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelarian: Selangor Tunggu Proses Pendaftaran DPP Sebelum Ambil Tindakan Lanjut

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Pelarian: Selangor Tunggu Proses Pendaftaran DPP Sebelum Ambil Tindakan Lanjut​

4d858a2e26ad245517d20e36088d69746a82dfd810f71

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Smartsel Sdn Bhd dan PG Linkaranfibre Sdn Bhd serta Penyempurnaan Projek Fiberisasi Cyberjaya di Hotel Concorde Shah Alam hari ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan Negeri Selangor menunggu proses pendaftaran Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bagi pelarian Myanmar dan individu tanpa kerakyatan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum menyusun tindakan lanjut berkaitan pengurusan komuniti berkenaan di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan negeri kini sedang mengumpulkan data berkaitan komuniti berkenaan pada peringkat daerah untuk dikemukakan kepada KDN bagi membolehkan tindakan susulan diambil bersama-sama agensi berkaitan serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Dia (pelarian) kena berdaftar, perkara ini dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri dan kita tunggu proses pendaftaran itu selesai untuk kita susun dan aturkan balik.

“Perkara ini sedang dikumpulkan menerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah, dan Daerah Hulu Langat memang telah kumpulkan dan ada datanya, manakala daerah lain akan kumpulkan untuk kita kemukakan kepada pihak Menteri Dalam Negeri dan juga untuk diambil tindakan bersama dengan UNHCR,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Smartsel Sdn Bhd dengan PG Linkaranfibre Sdn Bhd di sini, hari ini.

Mengulas isu individu tanpa kewarganegaraan termasuk pelarian Myanmar yang menjalankan aktiviti perniagaan di Selangor, Amirudin berkata perkara itu juga perlu dilihat selepas proses pendaftaran oleh KDN diselesaikan.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk memberikan lesen atau kebenaran kepada komuniti berkenaan bagi menjalankan aktiviti tertentu kerana perkara itu tertakluk pada bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, khususnya KDN.

Bagaimanapun, beliau berkata aspek kemanusiaan perlu diambil kira dalam menangani isu berkenaan, termasuk sekiranya terdapat cadangan untuk menghantar mereka pulang.

“Seboleh mungkin kita nak hantar pulang dan penghantaran pulang itu memerlukan persetujuan kerajaan mereka, namun ada faktor kemanusiaan yang perlu dilihat kerana kalau kita halau semua, akhirnya mereka melarat di tepi jalan dan akan timbul masalah sosial yang lain, jadi kita kena seimbang dalam bab ini,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register