BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penghuni Depot Imigresen Kumpulan Pertama Laksana DPP- Saifuddin Nasution

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Penghuni Depot Imigresen Kumpulan Pertama Laksana DPP- Saifuddin Nasution​

a586ffb90e3ada26a3deb5beb2b8d7eb6a6482198454b

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada media selepas merasmikan Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia di Tanjung Piandang hari ini.

Kerajaan akan memulakan pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) melibatkan penghuni depot imigresen sebagai kumpulan pertama dalam inisiatif mewujudkan sistem pendaftaran pelarian dikendalikan sendiri oleh Malaysia.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini, terdapat kira-kira 21,000 penghuni depot imigresen di seluruh negara dengan lebih kurang 4,000 daripadanya mendakwa mempunyai status pelarian.

“Berkaitan pengurusan pelarian di negara kita, perkara ini di bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang menjalankan proses pendaftaran, verifikasi, pengeluaran kad dan sebagainya.

“Adakah kita berpuas hati sepenuhnya dengan kaedah ini? Tidak sepenuhnya dan disebabkan itu kerajaan mengambil pendekatan kedua, iaitu melaksanakan sendiri proses pendaftaran pelarian,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian selepas merasmikan Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia 2026 di Dewan PDT Kampung Piandang, di sini hari ini.

Hadir sama Komisioner Jeneral Penjara Datuk Abdul Aziz Abdul Razak dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Dr Awang Alik Jeman.

Saifuddin Nasution berkata status sebenar hanya akan ditentukan melalui proses verifikasi, iaitu melalui tapisan keselamatan oleh pihak berkuasa berkaitan termasuk Jabatan Imigresen (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selepas semua proses itu selesai, Kerajaan Malaysia akan membuat keputusan jika seseorang itu benar-benar layak diberikan status pelarian atau tidak. Pada masa ini, angka yang kita terima daripada UNHCR (jumlah pelarian) kira-kira 190,000 atau 200,000 orang.

“Apabila melaksanakan sendiri proses pendataan, kita akan mempunyai maklumat yang lengkap seperti nama, alamat, umur, jantina, kemahiran serta data biometrik termasuk pengecaman wajah dan iris mata. Semuanya direkodkan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register