BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN NS: PN Setuju Rundingan Agihan Kerusi Tanpa Libatkan Bersatu - Ahmad Samsuri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN NS: PN Setuju Rundingan Agihan Kerusi Tanpa Libatkan Bersatu - Ahmad Samsuri​

eb4c11792c0a3687a6f530ea2e86311c6a58ad5ee0572

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) hari ini meluluskan rundingan pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membabitkan parti-parti dalam gabungan itu, iaitu PAS, Wawasan, Gerakan dan Malaysian Indian People Party (MIPP).

Pengerusi PN Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mesyuarat itu turut bersetuju supaya semua calon gabungan itu menggunakan lambang ‘Perikatan Nasional’ pada PRN Negeri Sembilan.

“Bagi PRN Negeri Sembilan, penyertaan sejumlah calon PN yang akan diumumkan hari ini adalah bagi membela kebajikan rakyat, mengangkat agenda pembangunan negeri serta mempertahankan keharmonian masyarakat majmuk di Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Samsuri turut menjelaskan bahawa segala proses perbincangan dan libat urus dengan mana-mana pihak pada peringkat awal telah dilaksanakan dengan pengetahuan serta kebenaran beliau selaku pengerusi PN.

Beliau berkata perkara itu juga telah dimuktamadkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Bersatu tidak dilibatkan dalam perbincangan pembahagian kerusi PN bagi PRN, termasuk berhubung isu kerjasama dengan Barisan Nasional.

Susulan itu, Bersatu memutuskan untuk bergerak solo dan menggunakan logonya sendiri bagi pilihan raya negeri berkenaan.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

 
Back
Top
Log in Register