BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Melaka: PAS langgar perlembagaan PN jika ketepi Bersatu dalam rundingan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PRN Melaka: PAS langgar perlembagaan PN jika ketepi Bersatu dalam rundingan​

ab5313f4-tun-faisal-ismail-aziz-fmt-resize-020226-1.jpg

Ketua Penerangan Tun Faisal Ismail Aziz berkata jika benar rundingan di Melaka tidak melibatkan Bersatu, bermaksud PAS sekali lagi menafikan hak partinya sebagai anggota PN.

Tun Faisal berkata, Bersatu sehingga kini masih anggota PN dan mempunyai hak sebagai parti komponen seperti diperuntukkan dalam Fasal 7 Perlembagaan gabungan itu.

“Kalau benar rundingan di Melaka tidak melibatkan Bersatu, bermaksud PAS sekali lagi menafikan hak Bersatu sebagai parti anggota seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 7 Perlembagaan PN.

“Sebelum ini di Negeri Sembilan, PAS mengetepikan Bersatu dan tidak menjemput Bersatu menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi dan Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi (MT) PN menggunakan alasan yang lemah dan tidak berasaskan Perlembagaan PN mahupun Perlembagaan Bersatu.

“PAS bertindak mendahului Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM),” katanya kepada FMT.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, pada Isnin berkata gabungan itu akan mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung PRN Melaka tanpa melibatkan Bersatu.

Menurutnya, rundingan itu masih belum bermula, namun secara asasnya PN dan BN bersetuju untuk memulakan perbincangan dalam masa terdekat.

Mengulas perkara itu, Tun Faisal mendakwa perkembangan berkenaan menunjukkan keputusan dalam PN kini bergantung kepada pihak yang memegang kuasa dalam gabungan tersebut.

Beliau mendakwa, Perlembagaan PN dan keputusan MT gabungan itu boleh diketepikan, manakala keputusan dibuat secara unilateral mengikut kehendak PAS.

“Pengerusi PN dah ibarat boneka. Kenyataan pengerusi PN dan keputusan MT PN boleh ‘di-override’ oleh ‘Pusat Pentadbiran PN’ di Rusila,” katanya.

Pada 7 Ogos lalu, Presiden PAS Hadi Awang dilaporkan mendakwa Bersatu secara automatik terkeluar daripada PN selepas parti itu mengumumkan pembentukan gabungan baharu.

Bagaimanapun, Pengerusi PN Ahmad Samsuri Mokhtar, pada Ahad lalu menegaskan Bersatu masih komponen gabungan itu.
 
Back
Top
Log in Register