combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
PRN Johor: Pasar Borneo Nadi Komuniti Sabah, Sarawak Perlukan Penambahbaikan
Pasar Borneo Johor di Taman Megah Ria, Pasir Gudang.
Setelah hampir dua dekad menjadi lokasi pertemuan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor, Pasar Borneo di Taman Megah Ria di sini memerlukan sentuhan baharu menerusi penambahbaikan kemudahan serta bantuan kepada peniaga bagi memastikan hab komuniti itu terus berkembang.
Pengerusi Persatuan Komuniti Sarawak, Johor Bahru Jonathan Anak George Jantai, 53, berkata pasar yang mula beroperasi pada 2007 itu bukan sekadar tempat jual beli, malah menjadi pusat pertemuan masyarakat Borneo di Johor.
Beliau berkata dianggarkan kira-kira 30,000 rakyat Sarawak menetap di Johor, manakala jumlah keseluruhan komuniti Sabah dan Sarawak di negeri itu dianggarkan antara 40,000 hingga 50,000 orang.
"Setiap minggu, masyarakat Borneo datang ke sini untuk mendapatkan makanan tradisional dan bertemu kenalan. Sebab itu kemudahan di pasar ini perlu dipertingkatkan supaya lebih selesa," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Jonathan berkata antara keperluan mendesak ialah penyediaan tandas awam, sistem pengudaraan yang lebih baik serta penambahbaikan bangunan yang kini agak panas.
"Kalau boleh, bangunan ini dinaik taraf supaya lebih sejuk dan selesa. Kemudahan tandas juga perlu disediakan kerana sekarang pengunjung tiada tandas untuk digunakan," katanya.
Beliau berkata kemudahan yang lebih moden bukan sahaja meningkatkan keselesaan pengunjung, malah mampu menarik lebih ramai pelanggan serta membuka peluang kepada lebih ramai usahawan menyertai pasar berkenaan.
Peniaga kuih tradisional Sarawak, Margaret Anak Tanjong, 45, yang berasal dari Kapit dan menetap di Johor sejak berpuluh tahun lalu berharap Pasar Borneo dipromosikan dengan lebih meluas agar dikenali masyarakat pelbagai kaum.