BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: Dua Pusat Media, 100 NADI Disediakan Untuk Pengamal Media - Teo

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Johor: Dua Pusat Media, 100 NADI Disediakan Untuk Pengamal Media - Teo​

21ac7b89acf769af99675f95a975ff8f6a40dae285da3

Pengerusi DAP Johor merangkap Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching ketika sidang media di Pusat Media Kementerian Komunikasi, di sebuah hotel.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Kementerian Komunikasi Rozilah Katan.

--fotoBERNAMA(2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kementerian Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPen) menyediakan dua pusat media utama dan 100 Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negeri sebagai pusat media sokongan bagi kemudahan pengamal media sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kemudahan strategik itu yang ditempatkan di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru dan NADI Kampung Sawah Awok di Muar beroperasi dari 9 pagi hingga 9 malam bermula 26 Jun hingga hari pengundian pada 11 Julai ini.

"Kami akan pastikan kelajuan Internet tidak kurang daripada 100 Mbps. Jadi kalau hendak hantar video, hantar gambar tiada masalah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media PRN Johor di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Selain akses Internet berkelajuan tinggi, pusat berkenaan turut dilengkapi kemudahan lengkap termasuk komputer riba, komputer meja serta kemudahan logistik seperti mesin fotokopi dan pencetak untuk kegunaan pengamal media.

Mengenai kualiti capaian telekomunikasi sepanjang tempoh berkempen, Teo berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memantau syarikat telekomunikasi (telco) bagi memastikan kelajuan Internet berada pada tahap maksimum.

Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi MCMC Nexus bagi membantu pihak berkuasa memantau dan menguji kekuatan isyarat Internet di lokasi spesifik secara langsung.

"Data peribadi anda tidak akan dikongsi (kepada pihak lain) oleh MCMC, tetapi hanya data organik iaitu lokasi, kekuatan Internet akan dikongsi dengan telco supaya sama-sama boleh ditambah baik," katanya.

Teo juga mengingatkan semua parti politik dan penyokong supaya mengamalkan budaya kempen yang sihat serta menghindari isu sensitif membabitkan raja, agama dan kaum (3R).

Katanya, MCMC akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memantau dan menurunkan sebarang kandungan media sosial yang dikesan mengandungi unsur provokasi melampau.

 
Back
Top
Log in Register