BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengamal Media, NGO Kedah Rasai Pengalaman Kendali Bot Penyelamat APM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,700
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,700
Reaction score
97
Points
80

Pengamal Media, NGO Kedah Rasai Pengalaman Kendali Bot Penyelamat APM​

bd3895df965748d3b3afd4dabc9da3086a4093d57ebf7

e5ceff80bf1740ee10f9b99cdf810a536a4093f0361d9

dac7390b530c5161b6dc78dd21f539336a4094118489f

c14bf985c7253c862a16490c243b607c6a409481831ea

Kredit : Kelab Media Elit Kedah (KMEK)

Sebanyak 34 peserta terdiri daripada 20 pengamal media dan 14 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program latihan pengendalian bot anjuran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah bersama-sama Kelab Media Elit Kedah (KMEK) di Tapak Latihan Medan APM, Tasik Pedu, dekat sini.

Pengarah APM Kedah Leftenan Kolonel (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik berkata program dua hari pada Jumaat dan semalam itu diadakan sebagai kesinambungan jalinan kerjasama erat antara APM dengan media, selepas kejayaan program ekspedisi berkayak di Baling pada tahun lepas.

“Melalui latihan berimpak tinggi ini, para peserta berpeluang merasai sendiri pengalaman sebenar mengendalikan bot penyelamat dalam pelbagai situasi simulasi bencana. Antara pengisian utama slot latihan termasuklah teknik pengendalian, iaitu cara menghidupkan enjin dan mengemudi bot dengan betul.

“Selain itu, peserta juga dapat memahami prosedur keselamatan air dan tindakan jika terjatuh ke dalam tasik, cara untuk membawa bot di kawasan arus tenang dan deras serta memahami kapasiti bot dan kesukaran yang dihadapi anggota penyelamat,” katanya pada majlis penutup program itu, semalam.

Sebelum latihan bermula, peserta telah diberi taklimat bagi menerangkan perjalanan program, aspek keselamatan, prosedur operasi serta peranan dan tanggungjawab sepanjang program dilaksanakan bagi memastikan ia berjalan dengan lancar, selamat dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Beliau berkata pendedahan itu dapat memberikan gambaran jelas kepada media dan NGO tentang ilmu serta kemahiran kritikal yang wajib dikuasai oleh seseorang anggota penyelamat ketika bertugas di lapangan.

“Program kali ini turut membabitkan pihak NGO yang sebelum ini jarang dilibatkan secara intensif dalam latihan operasi air. Langkah proaktif ini bertujuan memastikan mereka melengkapkan diri dengan ilmu penyelamatan asas yang betul sebelum turun menghulurkan bantuan di lokasi bencana.

“Kerjasama ini sekali gus dapat mengelakkan sebarang implikasi buruk serta mengatasi masalah teknikal ketika berada di lapangan. Empat NGO yang terlibat kali ini ialah Malaysia Relief Agency (MRA), Kedah 4x4 Club, Volunteer Team Kembara Kedah (VTKK) dan Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB),” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Bukhori berharap ilmu asas pengendalian bot itu dapat menjadi pencetus semangat kepada peserta untuk menerokai pelbagai lagi siri latihan kepakaran yang ada dalam APM.

 
Back
Top
Log in Register