BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kementerian Komunikasi Salur Peruntukan Kepada NADI, Komuniti MADANI Bantu Peniaga Pasar MBMB

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
148dbc814c029c8606288f28c33964bd69feb3a7a256a

3dac9b9116d4f81c714e89791543fdad69feb3c1390b5

Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (tengah) meluangkan masa beramah mesra dengan peniaga pada Program Jiwa@Komuniti MADANI: Sembang Santai Parlimen Hang Tuah Jaya di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Kampung Bachang hari ini.

Kementerian Komunikasi akan menyalurkan peruntukan kepada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Komuniti MADANI bagi melaksanakan program penerangan khusus untuk peniaga di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang di sini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata hasil tinjauannya hari ini mendapati ramai peniaga memohon supaya diadakan kelas jualan secara dalam talian selain bantuan berkaitan permohonan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI) Individu bagi diesel.

"Bagi peniaga-peniaga kecil, mereka boleh ada yang tak tahu macam mana nak mohon untuk BUDI Individu sebagai contoh, jadi ini antara usaha yang perlu dimantapkan termasuk melalui Komuniti MADANI.

"Keusahawanan itu menjadi satu daripada lima teras utama (di NADI) termasuklah jualan secara dalam talian, jadi kita minta supaya NADI memberi sedikit kelas kepada para peniaga yang ada di sini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Jiwa@Komuniti MADANI: Sembang Santai Parlimen Hang Tuah Jaya di Pasar Besar MBMB di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan.

Pada program itu,  Fahmi meluangkan masa lebih dua jam menyantuni peniaga gerai makanan, barang basah dan kering bagi mendengar pandangan serta permasalahan mereka.

 
Back
Top
Log in Register