BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sarawak Mahu Terus Dikenali Sebagai "Soul of Borneo"

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sarawak Mahu Terus Dikenali Sebagai "Soul of Borneo"​

127d104caa9d8de86dbb70191229a40f6a85c734a3436

b7dca0131b940053b748de8728f9991d6a85c71a20a77

a0139958ed8ab9e68616e62a0040ff516a85c6ff3df04

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada majlis Soul Of Borneo Gala Evening anjuran Pacific Asia Travel Association (PATA) di Wisma Elica malam ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sarawak mahu terus mengangkat identitinya sebagai “Soul of Borneo” dengan menjadikan kelestarian alam, budaya dan kehidupan masyarakatnya yang dekat dengan alam sebagai antara kekuatan utama negeri itu.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hubungan rapat antara manusia dan alam semula jadi bukan sahaja dapat dilihat menerusi budaya dan tarian masyarakat Sarawak malah turut menjadi asas kepada pendekatan pembangunan ekonomi negeri itu.

“Dalam berdepan cabaran perubahan iklim dan peningkatan suhu dunia, kita menumpukan kepada penggunaan tenaga bersih serta pemeliharaan hutan bagi memastikan pembangunan dapat bergerak seiring dengan kelestarian alam.

“Budaya kita sendiri mencerminkan hubungan antara manusia dan alam, hidup dalam keharmonian, bukan sahaja sesama pelbagai kaum tetapi juga dengan alam,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala “Soul of Borneo” sempena penganjuran Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) Travel Mart 2026 di sini malam ini.

Abang Johari berkata pendekatan itu turut diterjemah menerusi penggunaan tenaga hidro, solar dan biojisim selain pembangunan sistem pengangkutan awam Transit Aliran Autonomi (ART) yang menggunakan hidrogen.

Beliau berkata Sarawak juga ingin berkongsi keunikan alam, budaya serta makanan negeri itu dengan lebih ramai pelancong menerusi pelbagai pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) termasuk Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negara Niah, Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi dan Kuching Delta Geopark.

– BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register