BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diguling

ZANU-PF bincang pemecatan Mugabe, isteri hari ini

image.jpg

SEKUMPULAN penunjuk perasaan berarak di Cape Town, Afrika Selatan, semalam bagi menuntut Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe berundur daripada memegang jawatan itu. -REUTERS

HARARE 19 Nov. - Parti memerintah Zimbabwe, ZANU-PF dijangka mengadakan pertemuan hari ini bagi memecat Presiden, Robert Mugabe dan melantik semula Timbalan Presiden yang dipecat, Emmerson Mnangagwa untuk memegang jawatan itu.

Maklumat terbaharu itu didedahkan dua sumber daripada parti berkenaan kepada Reuters, semalam.

Menurut sumber tersebut, jawatankuasa pusat parti yang akan bermesyuarat kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia) juga dijangka memecat isteri Mugabe, Grace daripada tugasnya selaku Ketua Liga Wanita parti itu ketika ini.

Pemerintahan Mugabe, 93, selama hampir 37 tahun di Zimbabwe sebelum ini berakhir menerusi satu rampasan kuasa oleh tentera, Rabu lalu. -REUTERS


http://www.utusan.com.my/berita/lua...mugabe-isteri-hari-ini-1.555888#ixzz4yqt3bR6L

Di Zimbabwe, ahli-ahli parti ZANU-PF dengan berani "halau" presiden parti dan ketua wanita merangkap FLOZ kerana telah menjadi "liabiliti" kepada parti...syabas ahli-ahli parti ZANU-PF:)cgrock

Tetapi lain pula halnya pada satu parti di Asia Tenggara di mana ahli-ahli partinya sanggup menggadaikan nyawa, asal saja mendapat "palet" demi mempertahankan presiden yang tidak diterima lagi oleh rakyat...:-t
 
Berucap di sebelah jeneral dalang rampasan kuasa, Mugabe nafi disingkir

21mugabe.transformed.jpg


HARARE: Robert Mugabe yang disingkirkan partinya mendakwa masih kekal presiden Zimbabwe ketika berucap menerusi siaran televisyen kebangsaan.


Ucapan Mugabe ternyata menimbulkan keadaan tidak menentu terhadap negara itu kerana ramai yang menjangka presiden sejak 37 tahun lalu itu akan hanya bertahan hingga pertengahan Disember ini.

"Kongres Parti (pemerintah ZANU-PF) akan diadakan dalam beberapa minggu lagi dan saya akan mempengerusikan prosesnya," kata Mugabe.

Mugabe dianggap tidak mempunyai pilihan selepas tentera merampas kuasa hingga membuka ruang bantahan rakyat dan parti yang setia kepadanya mengarahkan beliau meletak jawatan.

Bagaimanapun, beliau yang duduk bersebelahan jeneral yang menjadi dalang campur tangan tentera, menyampaikan ucapan dengan mengatakan beliau tidak terkejut dengan kekacauan itu.

Bercakap dengan nada suara perlahan, Mugabe menegaskan keperluan perpaduan untuk menyelesaikan masalah kebangsaan, retorik yang sering dilaungkan sejak berdekad lamanya.

"Operasi yang berlaku tidak memberi ancaman kepada perintah perlembagaan kita yang dijunjung dan tidak mencabar kuasa saya sebagai ketua negara dan ketua komander," katanya.

Orang ramai yang berhimpun di kafe dan bar di ibu negara menonton ucapan pemimpin berusia 93 tahun yang dianggap sudah berakhir, masing-masing terkejut, malah ada juga yang menangis. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2017/11/352906/mugabe-nafi-disingkir
 
depa gulingkan mugabe pasal ada ura2 bini mugabe nak take over negara pas mugabe bersara...
 
lama sgt dah memerintah
emmmm ini kalilah dalm bahasa zimbabwe
 
Kalau mahahthir perintah sampai sekarang apa lah yang akan jadi kat malaysia ni. adakah rakyat malaysia akan berdemo menuntut supaya meletak jawatan.
 
Robert Mugabe Setuju Letak Jawatan


20 NOVEMBER 2017

image.jpg

Robert Mugabe. - Foto Reuters

HARARE - ZIMBABWE. Robert Mugabe bersetuju dengan syarat-syarat peletakan jawatannya, antaranya pemberian imuniti oleh angkatan tentera kerajaan, ZDF.

Menurut laporan CNN, jeneral-jeneral tentera juga bersetuju tidak merampas harta Mugabe dan isterinya Grace.

Walau bagaimanpun, satu surat rasmi peletakan jawatan Mugabe perlu diberikan kepada Speaker Parlimen Zimbabwe sebelum ianya sah.

Semalam, Mugabe menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan dalam satu siaran langusng televisyen.

Parti pemerintah, Zanu-PF dimana Mugabe bertindak sebagai setiausaha bagaiamanpun memberi pilihan samada beliau meletak jawatan atau dipecat.

Sehari sebelum itu, beribu-ribu rakyat Zimbabwe berkumpul di ibu kota Harare dan membuat protes jalanan, sambil disokong pihak tentera. - edition.cnn.com

http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/robert-mugabe-setuju-letak-jawatan-1.759919
 
Last edited:
Untonglaaa. Imuniti+takde kene rampas aset. Puluh2 tahun sebat harta rakyat dia tu, takkanla lepas hepi2 gitu je kot.
 
Robert Mugabe Setuju Letak Jawatan


20 NOVEMBER 2017

image.jpg

Robert Mugabe. - Foto Reuters

HARARE - ZIMBABWE. Robert Mugabe bersetuju dengan syarat-syarat peletakan jawatannya, antaranya pemberian imuniti oleh angkatan tentera kerajaan, ZDF.

Menurut laporan CNN, jeneral-jeneral tentera juga bersetuju tidak merampas harta Mugabe dan isterinya Grace.

Walau bagaimanpun, satu surat rasmi peletakan jawatan Mugabe perlu diberikan kepada Speaker Parlimen Zimbabwe sebelum ianya sah.

Semalam, Mugabe menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan dalam satu siaran langusng televisyen.

Parti pemerintah, Zanu-PF dimana Mugabe bertindak sebagai setiausaha bagaiamanpun memberi pilihan samada beliau meletak jawatan atau dipecat.

Sehari sebelum itu, beribu-ribu rakyat Zimbabwe berkumpul di ibu kota Harare dan membuat protes jalanan, sambil disokong pihak tentera. - edition.cnn.com

http://www.sinarharian.com.my/mobile/hiburan/robert-mugabe-setuju-letak-jawatan-1.759919

ada salah ke sampai nak mintak imuniti tok gabe?
 
Back
Top
Log in Register