BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diguling

Emmerson Mnangagwa angkat sumpah sebagai Presiden Zimbabwe baharu

Emmerson-Mnangagwa7.jpg


HARARE - Bekas Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Zimbabwe yang baharu pada Jumaat ini, lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber stesen penyiar kebangsaan.


Beliau dilantik menggantikan bekas presiden Robert Mugabe yang meletak jawatan pada semalam.

Perbadanan Penyiaran Zimbabwe berkata, Mnangagwa yang berada di luar negara sejak dipecat 6 November lepas, dijangka tiba di negara itu petang hari ini.

Sebelum itu pada Ahad lalu, parti pemerintah ZANU-PF melantik Mnangagwa menerajui parti berkenaan menggantikan Mugabe.

Peletakan jawatan Mugabe,93, diumumkan oleh Speaker Parlimen, Jacob Mudenda ketika sidang Parlimen membahaskan prosiding pemecatan bekas presiden itu. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/negara/emme...pah-sebagai-presiden-zimbabwe-baharu-1.558394
 
Rakyat meluat anak Mugabe tayang kemewahan

batmobilemugabe.ashx

Kereta Batmobile yang dipandu Robert Jr.

3fd72fae7ba749419efdd1fe66efb7dc.ashx


46ff584f810a4eee882505d2a207f6bb.ashx

ORANG ramai bersorak di jalanan pada Rabu setelah pemimpin diktator, Robert Mugabe meletak jawatan sebagai presiden Zimbabwe.

Kebanyakan rakyat Zimbabwe marah kerana bertahun-tahun hidup dalam kemiskinan dengan pendapatan per kapita negara yang lebih rendah berbanding Afghanistan.

Gaya hidup mewah anak Mugabe juga antara faktor yang mengundang kemarahan rakyat negara itu.

Foto yang dikongsi termasuklah oleh anak-anak Mugabe menunjukkan sisi kehidupan mewah mereka.

Robert Jr, 25 dan Chatunga, 21, masing-masing berkongsi foto kehidupan mewah dengan memaparkan koleksi barangan kemas dan kereta berjenama.

Malah, Robert Jr turut menjadi tajuk utama akhbar apabila tiba di sebuah kolej di Dubai dengan menaiki kereta Batmobile hitam.

Dia turut memuatnaik foto tersebut untuk tatapan 23,000 pengikut Instagramnya.

Adiknya, Chatunga, dirakam menuang minuman keras berjenama ke atas jam tangan rolex di sebuah kelab malam semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kehidupan mewahnya.

Namun, pada Rabu, bapa mereka, Mugabe melepaskan jawatan sebagai presiden negara itu yang disambut dengan sorakan gemuruh seluruh rakyat Zimbabwe.

Rakyat negara itu dilihat meraikan perletakan jawatan itu dengan menari dan bersorak di Harare, ibu negara Zimbabwe.

Bukan itu sahaja, peletakan jawatan Mugabe juga diraikan di Selatan Afrika dan Johannesburg.

Salah seorang anggota parti Zanu PF, Lovemore Matuke berkata, dia gembira kerana Mugabe melepaskan jawatannya dengan sendiri.

"Ia pasti memalukan jika parti terpaksa memecatnya," ujarnya.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/11/22/tayang-kemewahan/#SdGVgAuU3BHRkmzM.99
 
orang zimbabwe jauh lebih berdaulat dari orang malaysia.
 
Mnangagwa angkat sumpah Presiden Zimbabwe hari ini

25Emmerson_Mnangagwa.transformed.jpg


HARARE: Timbalan Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, dijangka mengangkat sumpah sebagai presiden hari ini, menandakan bab akhir drama politik yang menumbangkan penyandang jawatan itu, Robert Mugabe, selepas rampasan kuasa tentera.


Mnangagwa, salah seorang sekutu paling rapat Mugabe sehingga baru-baru ini, akan mengangkat sumpah di stadium sukan negara di pinggir Harare di hadapan ribuan penyokong, pembesar dan diplomat asing.

Mugabe, yang memerintah negara itu selama 37 tahun secara kuku besi, disingkirkan daripada jawatan apabila tentera campur tangan selepas beliau memecat Mnangagwa sebagai timbalannya.

Mugabe, 93, meletakkan isterinya, Grace sebagai pengganti tetapi tentera bertindak menggantung rancangan itu dan menaikkan Mnangagwa.

"Datang dan jadikan saksi sejarah dilakarkan, kenaikan bersejarah era baru dan negara lebih baik," menurut kenyataan daripada parti pemerintah, ZANU-PF, menggesa orang ramai menghadiri majlis itu.

Stesen televisyen menyatakan Mugabe mungkin hadir, tetapi tiada pengesahan rasmi mengenai perkara itu.

Bas disediakan untuk mengangkut penyokong ke stadium dengan kapasiti 60,000 orang itu awal hari ini.

Mnangagwa, 75, minggu ini berkata rakyat Zimbabwe menyaksikan 'demokrasi baru dan terbuka' walaupun pengkritik berkata, beliau adalah penyokong setia ZANU-PF yang memperoleh kuasa dalam rampasan kuasa tentera.

Beliau dikenali sebagai 'The Crocodile' kerana kekejamannya dan dituduh memantau pembunuhan beramai-ramai etnik oleh tentera pada 1980-an dan keganasan pilihan raya 2008 ketika Mugabe berisiko kalah. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/af...agwa-angkat-sumpah-presiden-zimbabwe-hari-ini
 
Mugabe diberi kekebalan dari sebarang pendakwaan

image.jpg

AFP MNANGAGWA (kiri) mengangkat sumpah sebagai Presiden Zimbabwe
MNANGAGWA (kiri) mengangkat sumpah sebagai Presiden Zimbabwe dalam satu upacara rasmi di Harare semalam. AFP

HARARE – Bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diberi kekebalan daripada pendakwaan dan jaminan keselamatan sebagai sebahagian daripada perjanjian yang membawa kepada peletakan jawatannya, menurut satu sumber terdekat dengan rundingan itu semalam.

Mugabe yang membawa Zimbabwe mencapai kemerdekaan pada tahun 1980, meletak jawatan pada Selasa lalu selepas pihak tentera merampas kuasa dan parti pemerintah memecatnya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden, Emmerson Mnangagwa yang dipecat Mugabe pada awal bulan ini secara rasmi meng*angkat sumpah sebagai Presiden Zimbabwe yang baharu semalam.

“Saya Emmerson Dambudzo Mnangagwa bersumpah sebagai Presiden Republik Zimbabwe, saya akan setia dan taat kepada Zimbabwe, menegakkan dan mempertahankan perlembagaan dan semua undang-undang negara Zimbabwe,” katanya ketika mengangkat sumpah di hadapan ketua hakim dan disaksikan berpuluh-puluh ribu orang.

Satu sumber kerajaan berkata, Mugabe, 93, memberitahu jururunding sebelum meletak jawatan bahawa dia mahu mati di Zimbabwe dan tiada pe*rancangan untuk hidup dalam buangan.

“Beliau sangat beremosi dan Mugabe begitu tegas mengenai permintaan itu.

“Sangat penting baginya bahawa keselamatannya akan terjamin di dalam negara, malah kami tidak akan menghalangnya daripada melakukan perjalanan ke luar negara apabila dia mahu atau perlu,” kata sumber yang enggan dikenali itu.

Mugabe meletak jawatan pada Selasa lalu selepas 37 tahun berkuasa dan dikatakan keadaan itu dicetuskan oleh tindakannya yang mahu isterinya, Grace Mugabe bersaing merebut jawatan Presiden Zimbabwe dengan Mnangagwa.

“Bekas Presiden menye*dari permusuhan orang ramai terhadap isterinya, kemarahan dalam kelompok mengenai caranya membawa diri dan campur tangan dalam parti pemerintah ZANU-PF.

“Oleh sebab itu, menjadi keperluan Mugabe untuk memastikan seluruh keluarga termasuk isterinya terjamin selamat,” kata sumber kedua.

Mugabe akan menerima pakej persaraan termasuk pencen, rumah, elaun pe*ngangkutan dan percutian, insurans kesihatan, perjalanan udara terhad dan kawalan keselamatan. – Bernama


http://www.kosmo.com.my/dunia/mugabe-diberi-kekebalan-daripada-pendakwaan-1.559970
 
baguslah letak juga dia akhirnya,malaysia bila nak letak pun tak tahu.
 
Fakta mengenai Mnangagwa

Nama Mnangagwa disebut dengan cara sebutan UM-NAN-GA-GWA.

Beliau dipecat oleh Mugabe kerana dituduh merancang mengambil alih jawatan presiden. Beliau kemudiannya melarikan diri pada 6 November.

Beliau merupakan rakan sekutu bekas Presiden Mugabe selama kira-kira 50 tahun dari tempoh sebelum kemerdekaan Zimbabwe.

Mnangagwa pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, Menteri Keadilan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Namun, peranan yang paling berpengaruh adalah sebagai pengarah Organisasi Perisikan Pusat pada tahun 1980-an.

Beliau digelar ‘The Crocodile’ kerana kekejamannnya sewaktu berkhidmat dibawah Mugabe. Menurut The Washington Post, gelaran itu diberikan kerana beliau hanya menyerang pada masa yang sesuai.

Beliau pernah terlepas dari hukuman gantung kerana terlibat dengan pengeboman kereta api sewaktu menentang pemerintahan minoriti kulit putih pada tahun 1965.

Disebabkan faktor umur di bawah 21 tahun, beliau dan Mugabe serta beberapa pejuang lain hanya dipenjarakan selama 10 tahun.


Emmerson-Mnangagwa7.jpg
 
Back
Top
Log in Register