BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diguling

Mugabe letak jawatan

"I, Robert Gabriel Mugabe hereby formally tender my resignation as President": The Zimbabwe leader steps down

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe meletak jawatan hari ini dalam sepucuk surat kepada parlimen, kata Speaker Jacob Mudenda. - Reuters
 
takut laa tu sampai mintak imuniti....

hahahahah
 
Ahli parlimen bersorak Mugabe letak jawatan

23mugaa.transformed.jpg


HARARE: Presiden Zimbabwe Robert Mugabe meletak jawatan hari ini dalam sepucuk surat dihantar kepada Parlimen, kata Speaker Jacob Mudenda.

Ahli Parlimen (MP) memberi sorakan gemuruh tanda kegembiraan ketika Mudenda memaklumkan pada sidang dewan. -Reuters


https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2017/11/353718/robert-mugabe-letak-jawatan
 
Penduduk berpesta lepas Mugabe letak jawatan

image.jpg

AHLI parlimen Zimbabwe meraikan peletakan jawatan Mugabe sebagai presiden di Harare. - AFP.

Harare 22 Nov. - Hon kereta dibunyikan sepanjang jalan, begitu juga orang ramai yang berpesta di Harare iaitu ibu negara Zimbabwe selepas Presiden Robert Mugabe meletakkan jawatan selepas 37 tahun memerintah.

Pemimpin berusia 93 tahun itu akhirnya meletakkan jawatan selepas menghadapi pelbagai tekanan termasuk rampasan kuasa oleh tentera dan undi tidak percaya di parlimen.

"Kami sangat gembira akhirnya perubahan bakal berlaku,” kata Togo Ndhlalambi berusia 32 tahun.

"Kami bangun setiap pagi mengharapkan detik ini. Negara ini telah melalui situasi sangat getir.”

Selepas krisis politik yang berlarutan selama seminggu rakyat Zimbabwe meluahkan perasaan dengan pelbagai cara termasuk menarik di jalan-jalan.

"Saya gembira Mugabe letak jawatan selepas 37 pemerintahan kuku besi,” kata Tinashe Chakanetsa, 18.

Beliau berharap negara berkenaan tidak lagi ditadbir oleh seorang individu seperti sebelum ini.

"Kami memerlukan pemimpin yang dipilih rakyat. Saya berharap akan memperoleh pekerjaan selepas ekonomi negara ini pulih.” - AFP


http://www.utusan.com.my/berita/lua...harare-mugabe-akhirnya-letak-jawatan-1.558019
 
When u lost power....respek yg org bagi dulu hilang with it...
 
ni bukan pasal mugabe dh lama sgt memerintah sbg seorang diktator, taapi bila dia nak bersara, dia dh habaq nak kasi bini takeover. marah la ahli politik lain dlm parti tu, kempunan nak jadik tuan presiden..

ni semua perebutan kuasa je
 
Bekas Naib Presiden Zimbabwe kembali ke tanah air

Emmerson_Mnangagwa.jpg.transformed.jpg


HARARE: Bekas Naib Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, akan kembali ke tanah air hari ini, selepas dua minggu meninggalkan negara itu susulan pengusirannya oleh bekas Presiden, Robert Mugabe, kata pembantunya.


"Komrad Mnangagwa akan pulang hari ini," kata salah seorang pembantu peribadinya, Larry Mavhima, kepada AFP.

Mnangagwa dijangka memberi taklimat ringkas kepada media sebaik tiba di tanah air. - AFP


https://www.bharian.com.my/dunia/af...as-nib-presiden-zimbabwe-kembali-ke-tanah-air
 
ni bukan pasal mugabe dh lama sgt memerintah sbg seorang diktator, taapi bila dia nak bersara, dia dh habaq nak kasi bini takeover. marah la ahli politik lain dlm parti tu, kempunan nak jadik tuan presiden..

ni semua perebutan kuasa je

Ada hikmah. Mugabe nak jadikan negara tu macam hak milik keluarga korup dia. Karang bini tua nak pencen, bagi kat anak cucu pulak. Maka lahirla monarki mugaberiyyah :)
 
Back
Top
Log in Register