TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Tentera gandakan tekanan ke atas Mugabe
HARARE: Jeneral tentera Zimbabwe menggandakan tekanan ke atas Presiden Robert Mugabe untuk meletak jawatan hari ini selepas berpuluh ribu penunjuk perasaan meraikan berakhirnya 37 tahun pemerintahan rejim beliau itu.
Pemerintahan Mugabe berakhir minggu ini apabila tentera mengambil alih berikutan pertikaian membabitkan pengganti presiden berusia 93 tahun itu.
Mugabe yang masih kekal sebagai pemerintah kini berdepan pembangkang luar biasa termasuk barisan jeneral, kebanyakan rakyat Zimbabwe dan elemen dari dalam parti ZANU-PF sendiri, sebuah parti yang suatu ketika dulu setia tetapi kini mendesak peletakan jawatannya.
"Presiden Robert Mugabe akan bertemu dengan barisan pegawai pemerintah Pasukan Pertahanan Zimbabwe esok," lapor televisyen negeri semalam.
Kedua-dua pihak pertama kali bertemu Khamis lalu, untuk membincangkan pengunduran Mugabe.
Orang ramai mula menyertai perarakan jalanan selepas tentera merampas kuasa dan meletakkan Mugabe di bawah tahanan rumah sebagai tindak balas ke atas pemecatan Naib Presiden Emmerson Mnangagwa.
Mnangagwa dilihat sebagai pesaing kepada isteri Mugabe, Grace, 52 yang semakin lantang menyuarakan hasratnya untuk menggantikan suaminya. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2017/11/352641/tentera-ganda-tekanan-ke-atas-mugabe