BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diguling

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
PRESIDEN Zimbabwe, Robert Mugabe dan isterinya ditahan tentera dalam operasi yang digelar ‘pemindahan kuasa tanpa pertumpahan darah’ ketika bekas timbalan presiden yang dipecat Mugabe, kembali ke negara itu dari buangan.

Pemerintahan berdekad Mugabae berakhir selepas kenderaan tentera termasuk kereta kebal, mengepung jalan raya sekitar Parlimen di Harare manakala pegawai kanan tentera muncul di televisyen memberi penjelasan kepada rakyat.

Menurut Daily Mail, kenyataan di akaun Twitter milik parti pemerintah, menyatakan Robert Mugabe, 93, dan keluarganya selamat selepas ditahan demi kepentingan perlembagaan dan keutuhan negara.

Kenyataan itu mendakwa Grace iaitu isteri Mugabe, ‘mengambil kesempatan terhadp presiden yang sudah berusia lanjut itu’ kerana mahu menggantikan suaminya.

Bekas timbalan presiden, Mnangagwa, 75, bekas tentera yang terbabit dalam perang kemerdekaan Zimbabwe' pada 1970-an yang dipecat Mugabe awal bulan ini, kembali dari buangan dan dilantik sebagai presiden baru.

Kenyataan di Twitter itu yang menafikan ia adalah rampasan kuasa berkata: “Keputusan diambil untuk campur tangan kerana perlembagaan kita terancam. Komrad E Mnagngawa akan menjadi presiden (Parti) ZANU P.

“Malam tadi, keluarga pertama itu ditahan dan mereka selamat.

“Zimbabwe atau ZANU bukan dimiliki Mugabe dan isterinya. Hari ini, bermula era baru dan komrad Mnangagwa akan menerajui kita menajdikan Zimbabwe lebih baik.

“Tiada rampasan kuasa, hanya pemindahan kuasa tanpa pertumpahan darah dengan mereka yang korup dan jahat serta seorang lelaki tua yang diambil kesempatan oleh isterinya ditahan,” kata kenyataan itu.


https://www.hmetro.com.my/global/2017/11/284005/mugabe-diguling
 
Akhirnya. Sapa la kat belakang support
 
elok la diktator ni diguling...
 
Umur dah 93 tahun...cukup2 la tu...tak payah pikir pasal dunia dah...
 
Penyakit yang amat dasyat ni tak merebak ke sini ke.??.......
 
Akhirnya. Sapa la kat belakang support

Kannnn. Sapekah tangan ghaib tu :)

Mugabe ni memang diktator kuku besi, kaya raya hasil sebat duit rakyat dia. Bagusla gulingkan dia tapi tangan ghaib yang jatuhkan dia, naikkan bekas timbalan dia tu takde udang sebalik mee ke camne
 
Ada berani ke Panglima Angkatan Tentera Malaysia buat camni?
 
Back
Top
Log in Register