BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe diguling

bile aku baca .. dari tahun berape dia salah gune harta rakyat sampai skrg pastu x kene rampas... mcm cilake jer..

dia org kene pikir .. mugabe ada duit.. dengan duit dia leh beli org lain. dan menjahanamkan pemimpin baru dgn tangan ghaib. benda ni paling bahaya..

sepatutnya tentera rampas harta dan buang mugabe ni

klu x silap aku lim kok weng di hantar ke sini tuk bantu mugabe dalam pilihan raya kan?
 
Kalau la. PM kita nak lantik next PM ialah Rosmah Mansur. Agong atau Panglima Tentera akan bertindak tak?
 
Akhbar tempatan dakwa Mugabe menangis selepas setuju letak jawatan

HARARE 26 Nov. - Sebuah akhbar tempatan Zimbabwe mendedahkan bahawa bekas Presiden, Robert Mugabe menangis dan mengeluh ‘di atas pengkhianatan yang dilakukan leftenannya’ selepas pemimpin itu bersetuju untuk berundur minggu lepas.

Akhbar Standard dalam laporan edisi Ahadnya memetik beberapa sumber dalaman sebagai berkata, perkara itu dimaklumkan Mugabe kepada pembantu peribadi serta kumpulan perunding dalam kerajaan pimpinannya ketika itu.

“Dia (Mugabe) sedih dan menganggap mereka (leftenan) seperti ‘sesumpah’,” kata satu daripada sumber tersebut.

Mugabe, 93, meletakkan jawatannya Selasa lalu selepas memerintah selama 37 tahun sebelum digantikan oleh bekas Timbalannya yang dipecat, Emmerson Mnangagwa, kelmarin. -REUTERS

http://www.utusan.com.my/berita/lua...s-setuju-letak-jawatan-1.560890#ixzz4zXRUtg00
 
Rakyat meluat anak Mugabe tayang kemewahan

ORANG ramai bersorak di jalanan pada Rabu setelah pemimpin diktator, Robert Mugabe meletak jawatan sebagai presiden Zimbabwe.

Kebanyakan rakyat Zimbabwe marah kerana bertahun-tahun hidup dalam kemiskinan dengan pendapatan per kapita negara yang lebih rendah berbanding Afghanistan.

Gaya hidup mewah anak Mugabe juga antara faktor yang mengundang kemarahan rakyat negara itu.

Foto yang dikongsi termasuklah oleh anak-anak Mugabe menunjukkan sisi kehidupan mewah mereka.

Robert Jr, 25 dan Chatunga, 21, masing-masing berkongsi foto kehidupan mewah dengan memaparkan koleksi barangan kemas dan kereta berjenama.

Malah, Robert Jr turut menjadi tajuk utama akhbar apabila tiba di sebuah kolej di Dubai dengan menaiki kereta Batmobile hitam.

Dia turut memuatnaik foto tersebut untuk tatapan 23,000 pengikut Instagramnya.

Adiknya, Chatunga, dirakam menuang minuman keras berjenama ke atas jam tangan rolex di sebuah kelab malam semata-mata mahu menunjuk-nunjuk kehidupan mewahnya.

Namun, pada Rabu, bapa mereka, Mugabe melepaskan jawatan sebagai presiden negara itu yang disambut dengan sorakan gemuruh seluruh rakyat Zimbabwe.

Rakyat negara itu dilihat meraikan perletakan jawatan itu dengan menari dan bersorak di Harare, ibu negara Zimbabwe.

Bukan itu sahaja, peletakan jawatan Mugabe juga diraikan di Selatan Afrika dan Johannesburg.

Salah seorang anggota parti Zanu PF, Lovemore Matuke berkata, dia gembira kerana Mugabe melepaskan jawatannya dengan sendiri.

"Ia pasti memalukan jika parti terpaksa memecatnya," ujarnya.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/11/22/tayang-kemewahan/#SdGVgAuU3BHRkmzM.99

perangai anak dia lebih kurang je macam nigger dekat cyberjaya tu.
 
aku rasa rakyat zimbabwe baru keluar mulut singa sekarang nak masuk mulut harimau pulak
 
aku rasa rakyat zimbabwe baru keluar mulut singa sekarang nak masuk mulut harimau pulak

hahaha
mcm kat negeri satu jugak
keluar mulut tun m masuk mult jibby
 
Mnangagwa angkat sumpah Presiden Zimbabwe hari ini

25Emmerson_Mnangagwa.transformed.jpg

HARARE: Timbalan Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa, dijangka mengangkat sumpah sebagai presiden hari ini, menandakan bab akhir drama politik yang menumbangkan penyandang jawatan itu, Robert Mugabe, selepas rampasan kuasa tentera.

Mnangagwa, salah seorang sekutu paling rapat Mugabe sehingga baru-baru ini, akan mengangkat sumpah di stadium sukan negara di pinggir Harare di hadapan ribuan penyokong, pembesar dan diplomat asing.

Mugabe, yang memerintah negara itu selama 37 tahun secara kuku besi, disingkirkan daripada jawatan apabila tentera campur tangan selepas beliau memecat Mnangagwa sebagai timbalannya.

Mugabe, 93, meletakkan isterinya, Grace sebagai pengganti tetapi tentera bertindak menggantung rancangan itu dan menaikkan Mnangagwa.

"Datang dan jadikan saksi sejarah dilakarkan, kenaikan bersejarah era baru dan negara lebih baik," menurut kenyataan daripada parti pemerintah, ZANU-PF, menggesa orang ramai menghadiri majlis itu.

Stesen televisyen menyatakan Mugabe mungkin hadir, tetapi tiada pengesahan rasmi mengenai perkara itu.

Bas disediakan untuk mengangkut penyokong ke stadium dengan kapasiti 60,000 orang itu awal hari ini.

Mnangagwa, 75, minggu ini berkata rakyat Zimbabwe menyaksikan 'demokrasi baru dan terbuka' walaupun pengkritik berkata, beliau adalah penyokong setia ZANU-PF yang memperoleh kuasa dalam rampasan kuasa tentera.

Beliau dikenali sebagai 'The Crocodile' kerana kekejamannya dan dituduh memantau pembunuhan beramai-ramai etnik oleh tentera pada 1980-an dan keganasan pilihan raya 2008 ketika Mugabe berisiko kalah. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/af...agwa-angkat-sumpah-presiden-zimbabwe-hari-ini

Bukan keluar mulut harimau masuk mulut singa...tapi keluar mulut singa, masuk mulut buaya
 
Mugabe dapat habuan berjuta dolar atas perjanjian letak jawatan

xMugabe-Grace-640x360.jpg.pagespeed.ic.stkFEzvEru.webp

HARARE – Robert Mugabe dan isterinya akan menerima habuan bernilai berjuta-juta dolar sebagai sebahagian daripada perjanjian peletakan jawatannya sebagai Presiden Zimbabwe minggu lalu.

Jumlah sebenar yang diterima Mugabe dan isterinya, Grace tidak dijelaskan.

Bagaimanapun, seorang pegawai kanan parti pemerintah berkata, jumlah perjanjian itu tidak kurang daripada AS$10 juta.

Pegawai itu berkata, bahawa Mugabe juga diberi imuniti daripada pendakwaan dan jaminan bahawa tiada tindakan akan diambil terhadap kepentingan perniagaannya dan akan menerima bayaran tunai AS$5 juta dengan serta-merta.

Malah, gaji presiden yang dinikmati sebanyak AS$150,000 sebulan juga akan dibayar sehingga beliau mati.

Manakala Grace pula akan menerima separuh daripada jumlah gaji Mugabe sepanjang hayatnya.

Mugabe yang memerintah selama 37 tahun itu bakal meninggalkan pemerintahnya dengan nilai mata wang yang lemah, hutang besar dan populasi miskin tegar dan kadar pengangguran lebih 80 peratus.

Selain itu, jalan-jalan raya yang tidak bertar, masyarakat luar bandar tidak mempunyai bekalan elektrik, pendidikan asas dan penjagaan kesihatan hampir tidak wujud menyebabkan jangka hayat populasi Zimbabwe paling rendah di dunia.

Pasangan itu juga akan kekal berada di kediaman mereka – Blue Roof serta masih menikmati bayaran penjagaan kesihatan, kakitangan domestik, keselamatan dan pengembaraan luar negara.

Perjanjian itu dibuat selepas rundingan berlarutan antara presiden yang baru dilantik, Emmerson Mnangagwa dengan wakil-wakil Mugabe.

Bagaimanapun, perjanjian itu dikritik oleh pembangkang.

http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/11/26/mugabe-dapat-habuan-besar/
 
ini baru la namanya cekik rakyat sendiri. dia punya kluarga ja yg kaya nak mampus...
quote-you-can-t-get-rich-in-politics-unless-you-re-a-crook-harry-s-truman-59-25-22.jpg
 
Back
Top
Log in Register