BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prasarana Jangka 10,000 Penumpang Guna LRT3 Shah Alam Pada Hari Pertama

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Prasarana Jangka 10,000 Penumpang Guna LRT3 Shah Alam Pada Hari Pertama​

542cf4f63a7891bfef6a5606f597dc866a421ceb026a3

47328f4d10a1535c275e7088490b114d6a421cb04623c


Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menjangkakan antara 5,000 hingga 10,000 penumpang menggunakan Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam pada hari pertama operasinya, hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Amir Hamdan berkata angka berkenaan dijangka meningkat secara berperingkat kepada sasaran 67,000 penumpang sehari pada tahun pertama operasi, bergantung pada tahap kebiasaan pengguna terhadap laluan baharu itu.

“Alhamdulillah, hari ini ialah hari pertama kita beroperasi untuk Laluan Shah Alam yang bermula pukul 6 pagi dan ramai pengguna dilihat teruja menaiki tren pertama di stesen masing-masing dengan banyak maklum balas positif serta perkongsian menerusi media sosial … antaranya mereka teruja untuk sampai ke pejabat dengan lebih selesa tanpa membawa kenderaan, sekali gus dapat mengelak kesesakan lalu lintas.

“Biasanya, laluan baharu tidak terus mencapai tahap maksimum. Kita akan lihat dari semasa ke semasa corak penggunaannya berkembang,” katanya kepada pemberita pada sesi tinjauan bersempena dengan hari pertama operasi LRT3 di Stesen Glenmarie 2, di sini hari ini.

Mengulas sambutan hari pertama, Amir berkata penggunaan LRT3 dilihat masih berada pada fasa awal kerana pengguna dalam proses mencuba perkhidmatan baharu itu sebelum menjadi rutin harian.

Beliau berkata setakat ini, operasi berjalan lancar dengan kekerapan tren kira-kira lapan minit pada waktu puncak serta keadaan kemudahan yang terkawal.

“Alhamdulillah, kita lihat dari segi headway lebih kurang lapan minit pada waktu puncak dan keadaan masih lagi terkawal dari semua sudut fasiliti,” katanya.

Amir berkata pihaknya akan terus memantau penggunaan laluan berkenaan termasuk di stesen pertukaran utama seperti Glenmarie 2 yang menghubungkan Laluan Kelana Jaya serta Bandar Utama yang bersambung dengan Laluan Kajang.

Beliau berkata pada peringkat awal operasi, Prasarana memberikan tumpuan kepada aspek pengalaman pengguna termasuk penggunaan pintu automatik, mesin tiket serta aliran penumpang di stesen.

 
Back
Top
Log in Register