combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Hab Pengangkutan Lalaport Dijangka Kendali 10,000 Penumpang Setiap Hari - Hannah
Hab Pengangkutan Lalaport (LTH) yang baharu, sebuah terminal pengangkutan bersepadu di pusat bandar, dijangka mengendalikan hingga 10,000 penumpang sehari selain meningkatkan kesalinghubungan melibatkan perkhidmatan rel, bas dan pengangkutan lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata hab berkenaan yang terletak bersebelahan stesen pertukaran Transit Aliran Ringan (LRT) dan Monorail Hang Tuah, menawarkan pengalaman perjalanan lancar bagi perkhidmatan pengangkutan termasuk bas ekspres, e-hailing dan teksi serta pilihan mobiliti lain menerusi laluan pejalan kaki berbumbung.
Beliau berkata hab itu juga akan menjadi pintu masuk utama bagi pelancong yang melakukan perjalanan di antara Kuala Lumpur dengan Singapura.
"Kuala Lumpur menyaksikan sejumlah 1.2 juta orang keluar masuk ke bandar setiap hari, dengan kira-kira 5.5 juta perjalanan direkodkan setiap hari, menjadikan pelaburan dalam mobiliti bandar semakin penting.
"Hab Pengangkutan Lalaport ialah penambahan yang amat dialu-alukan dalam rangkaian pengangkutan Kuala Lumpur. Sebagai terminal yang diiktiraf dan berlesen, hab ini menyediakan lokasi menaiki dan menurunkan penumpang bas ekspres yang selesa di tengah-tengah bandar," katanya pada pelancaran LTH di sini, hari ini.
Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Azrin Borhan, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud dan Duta Besar Jepun ke Malaysia Noriyuki Shikata.
Hannah berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan lesen operasi terminal pengangkutan selama tiga tahun, menggantikan sistem pembaharuan tahunan sebelum ini, sekali gus menyediakan jaminan dan keyakinan lebih tinggi kepada pengendali.
Beliau berkata DBKL juga meningkatkan aspek keselamatan dan kebolehcapaian di seluruh bandar dengan memasang kira-kira 10,000 kamera litar tertutup (CCTV).
Sementara itu, Shikata berkata pelancaran berkenaan mencerminkan kerjasama erat antara Malaysia dengan Jepun dalam memajukan pembangunan bandar yang mampan.