combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Postal Forum Buka Pendaftaran Malaysia Courier Safety Passport
fb Postal Forum
Postal Forum, sebuah badan kawal selia kendiri dilantik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini melakukan prapelancaran pendaftaran Malaysia Courier Safety Passport (MyCSP) yang dibangunkan khusus untuk industri kurier.
Postal Forum dalam kenyataan hari ini memaklumkan MyCSP ialah program latihan keselamatan berstruktur melibatkan enam modul teras meliputi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), pengurusan bahaya dan risiko dalam operasi kurier, ergonomik asas, kesedaran keselamatan jalan raya, tingkah laku pemanduan berisiko tinggi serta pengurusan dan pencegahan risiko.
Pendaftaran semasa Cabaran Pemanduan Selamat Industri Kurier 2026 di MAEPS Serdang, Selangor itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pemain industri, menurut kenyataan tersebut.
“Secara keseluruhannya, modul tersebut memberikan peserta pengetahuan praktikal untuk meningkatkan keselamatan di tempat kerja dan jalan raya di samping menyokong pematuhan terhadap standard keselamatan industri.
“Dengan pendaftaran kini dibuka, penyedia perkhidmatan kurier dan petugas terlibat digalakkan mendaftar sebelum pelancaran rasmi pada tahun ini, dengan latihan dijadualkan bermula pada September,” menurut kenyataan itu.
Selain mengukuhkan kecekapan petugas kurier, MyCSP dijangka mewujudkan penanda aras keselamatan seragam bagi industri, mengurangkan kos berkaitan kemalangan, meningkatkan profesionalisme dalam kalangan penyedia perkhidmatan kurier, memperkukuh keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan kurier dan menyokong pertumbuhan mampan sektor pos dan kurier Malaysia.
Presiden Persatuan Syarikat-Syarikat Penghantaran Ekspres Malaysia (AMEC) Ronald Tan dalam kenyataan sama berkata MyCSP ialah inisiatif tepat pada masanya yang mencerminkan komitmen mereka untuk bersama-sama memperkukuh standard keselamatan di seluruh industri kurier.
“Saya menggalakkan semua penyedia perkhidmatan kurier untuk menyertai program ini dan melengkapkan petugas mereka dengan pengetahuan, kemahiran serta kesedaran keselamatan yang diperlukan untuk memastikan standard tertinggi keselamatan di tempat kerja dan operasi,” katanya.
Tan juga mengucapkan tahniah atas pelancaran pendaftaran MyCSP.
Loading…
www.bernama.com