BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Postal Forum Anjur Dialog Perkukuh Kesedaran Perundangan Perkhidmatan Pos

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
6cf0d84f3c214b5bd12221eae168893669e75ccaa214e

Kredit Foto: Postal Forum

Badan kawal selia kendiri, Postal Forum hari ini menganjurkan Dialog Keselamatan dan Sekuriti Industri Pos sebagai inisiatif pertama bagi memperkukuh kesedaran tentang perundangan, mempertingkat piawaian industri dan memperkasakan akauntabiliti operasi dalam kalangan penyedia perkhidmatan pos, kata Ketua Postal Forum Nurhafizah Hanifah.

Beliau berkata dialog itu menghimpunkan 30 peserta daripada beberapa badan kawal selia utama termasuk kementerian, agensi kerajaan serta pemegang lesen dalam satu platform bersepadu bagi menangani cabaran keselamatan, sekuriti dan keperluan perundangan dalam industri.

"Inisiatif ini mencerminkan pendekatan proaktif dalam memperkukuh kesiapsiagaan industri, seiring dengan perkembangan pesat e-dagang yang terus melonjakkan jumlah bungkusan melebihi 1.5 bilion tahun lepas, sekali gus meningkatkan keperluan terhadap tahap integriti operasi, kecekapan pengurusan risiko serta perlindungan pengguna.

"Peningkatan ini juga menyaksikan risiko baharu termasuk penyalahgunaan saluran kurier bagi aktiviti pengedaran dadah dan penyeludupan hidupan liar, penghantaran barangan berbahaya serta isu keselamatan pekerja kurier. Keadaan ini menuntut pendekatan yang lebih bersepadu, menunjukkan kerelevanan dan pentingnya inisiatif ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Nurhafizah berkata perbincangan dalam dialog tersebut memberi penekanan kepada usaha memperkukuh pematuhan terhadap undang-undang sedia ada dan mempertingkatkan amalan keselamatan operasi.

Beliau berkata sesi itu turut membuka ruang kepada perbincangan yang konstruktif antara pihak badan kawal selia dan pemain industri sekali gus memperkukuh komitmen bersama ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih selamat dan terjamin.

"Industri pos dan kurier merupakan antara pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Peranan Postal Forum adalah untuk merapatkan jurang antara peraturan dan pelaksanaan, dengan mendidik pemain industri yang tidak hanya memahami tanggungjawab mereka tetapi mampu untuk melaksanakannya secara sukarela demi kepentingan pengguna serta negara," katanya.

Menyifatkan sesi itu sebagai pembuka ruang kepada perbincangan yang konstruktif antara pihak badan kawal selia dan pemain industri, beliau berkata ia dapat memperkukuh komitmen bersama ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih selamat dan terjamin.

"Penyertaan semua peserta sesi ini mencerminkan komitmen padu pemain industri dalam mempertingkatkan standard serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang selamat, terjamin dan boleh dipercayai kepada pengguna," katanya.

 
Back
Top
Log in Register