BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia Anjur Dialog Pelancongan ASEAN-China Di Langkawi, Perkukuh Sinergi Serantau

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Malaysia Anjur Dialog Pelancongan ASEAN-China Di Langkawi, Perkukuh Sinergi Serantau​

d942dd4f2ec2dfe5231605e254622ab86a60948506691

--kredit Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan Dialog Pelancongan ASEAN-China di Langkawi, Kedah bermula hari ini hingga esok.

MOTAC dalam kenyataan memaklumkan acara berprestij itu menegaskan semula komitmen teguh Malaysia untuk memperkukuh kerjasama pelancongan antara negara anggota ASEAN dan Republik Rakyat China.

Menurut MOTAC, dialog peringkat tinggi itu menghimpunkan pegawai kanan kerajaan, organisasi pelancongan, peneraju industri serta wakil sektor swasta dari seluruh ASEAN dan China.

“Para delegasi meneroka pendekatan strategik bagi memajukan pelancongan mampan, mempercepat transformasi digital, mempertingkat kesalinghubungan serantau serta menggalakkan pertukaran antara rakyat yang lebih mendalam.

“Dialog itu telah dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing bersama Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia Ouyang Yujing, Pengerusi Perikatan Pelancongan Dunia (WTA) Zhang Xu serta Setiausaha Agung Pusat ASEAN-China Zhang Lizhong,” menurut kenyataan itu.

MOTAC memaklumkan sesi itu diteruskan dengan perbincangan panel dinamik yang memfokuskan kepada daya tahan pelancongan serantau, inovasi digital serta kerjasama dalam pelancongan budaya dan kreatif, sekali gus memberikan pandangan yang amat bernilai bagi memperkukuh kerjasama serantau dan meningkatkan daya saing global ASEAN serta China sebagai destinasi pelancongan utama.

Diadakan bersempena forum itu, Dialog Pelancongan Malaysia-China terus memperkukuh hubungan dua hala menerusi pembentangan promosi pelancongan yang disasarkan daripada kedua-dua negara.

“Sesi itu diakhiri dengan majlis menandatangani dan pertukaran beberapa memorandum persefahaman (MoU) serta perjanjian kerjasama perniagaan antara pihak berkepentingan industri pelancongan Malaysia dan China.

“Kerjasama strategik ini dijangka meningkatkan usaha promosi pelancongan bersama, memudah cara kerjasama perniagaan rentas sempadan serta membuka peluang baharu bagi pelaburan pelancongan dan pertukaran pelawat,” menurut MOTAC.

 
Back
Top
Log in Register