combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Postal Forum Gesa Orang Ramai Waspada Peningkatan Kes Penipuan Penghantaran
Kredit: Postal Forum
Postal Forum mengeluarkan peringatan kepada orang ramai supaya berwaspada dengan aktiviti penipuan yang semakin berleluasa membabitkan individu menyamar sebagai wakil syarikat pos atau pihak kurier.
Dalam kenyataan hari ini, badan kawal selia kendiri bagi sektor pos dan kurier yang dilantik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 itu, memaklumkan kesedaran awam adalah benteng pertahanan pertama dan paling berkesan terhadap kegiatan penipuan.
“Laporan mengenai pemakluman palsu termasuk notifikasi penghantaran bungkusan, mesej tuntutan penyelesaian yuran pelepasan kastam tidak sah, manipulasi pembayaran tunai semasa hantar (COD) serta pautan pancingan data menyamar sebagai kemas kini penjejakan penghantaran telah diterima melalui pelbagai saluran yang menyasarkan pengguna pelbagai peringkat umur menerusi SMS, WhatsApp dan e-mel,” menurut kenyataan itu.
Postal Forum memaklumkan pihak terlibat penipuan atau “scammer” biasanya menyamar sebagai wakil syarikat pos atau kurier dengan mendakwa ada bungkusan yang sepatutnya dihantar kepada mangsa telah ditahan sementara menunggu melunaskan yuran duti, caj penghantaran semula atau bayaran pengesahan.
Mangsa turut diarahkan mengakses laman web palsu yang direka untuk mendapatkan maklumat peribadi dan perbankan mereka.
Menurut kenyataan itu, peningkatan kes penipuan turut melibatkan penghantaran bungkusan COD, iaitu pengguna menerima bungkusan yang tidak pernah dipesan mereka.
Menyangkakan bungkusan itu mungkin hadiah atau pembelian yang terlupa, mangsa membuat pembayaran ketika penghantaran sebelum mendapati bungkusan itu kosong atau mengandungi barangan yang nilainya jauh lebih rendah daripada jumlah yang dibayar.
Postal Forum memaklumkan antara tanda amaran yang sering dikaitkan dengan penipuan ialah notifikasi berkaitan bungkusan yang tidak pernah dipesan; permintaan pembayaran melalui pindahan dalam talian, e-dompet atau kad prabayar; tuntutan bayaran COD bagi bungkusan yang tidak pernah dipesan; pautan laman web yang mencurigakan serta mesej yang mewujudkan rasa terdesak secara palsu.
Ketua Postal Forum Nurhafizah Hanifah dalam kenyataan sama berkata penipuan pos dan kurier adalah ancaman terancang yang mengeksploitasikan kepercayaan pengguna dalam ekosistem penghantaran.