BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Lima Ahli "Geng Atan" Terlibat Dalam Kegiatan Along

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
79896a4c459debac3c1c1ab788b1b20769f9a5767275c

7fff4832ce9eedc54092e9757910d01269f9a56903194

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah memberi penerangan mengenai penahanan lima suspek termasuk pasangan suami isteri yang dipercayai menjadi 'budak suruhan' sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long 'Geng Atan' dan aktif melakukan ugutan jenayah termasuk menyimbah cat dan membakar kenderaan di sekitar kawasan Sungai Petani, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah hari ini.

Polis menahan lima individu termasuk sepasang suami isteri, dipercayai ahli "Geng Atan" yang menjadi "budak suruhan" sindiket pinjaman wang tanpa lesen (along) dan aktif melakukan ugutan jenayah termasuk menyimbah cat serta membakar kenderaan di sekitar Sungai Petani.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada seorang lelaki berusia 27 tahun pada 16 April lepas yang memaklumkan kenderaannya yang diletak di hadapan rumah telah dibakar susulan mangsa gagal membayar balik pinjaman yang dibuat secara dalam talian.

“Berikutan itu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah telah menjalankan operasi bersepadu bagi mengesan suspek.

“Beberapa siri serbuan dan tangkapan telah dibuat bermula pada 26 April lepas dan hasilnya sebanyak empat lelaki dan seorang wanita berumur antara 31 hingga 43 tahun telah ditahan. Saringan awal mendapati kesemua suspek positif dadah dan mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Siasatan lanjut mendapati kesemua suspek terbabit memainkan peranan sebagai pelaksana yang diupah untuk menjalankan perbuatan jenayah seperti menghantar nota amaran, menyimbah cat dan membakar kenderaan mangsa.

“Mereka menerima arahan daripada seorang individu mastermind yang masih bebas. Selepas menerima arahan, mereka akan melaksanakan tugasan masing-masing dan akan menerima upah antara RM300 hingga RM600, bergantung pada jenis perbuatan jenayah yang dilakukan.

“Kumpulan yang aktif sejak Febuari lepas ini juga didapati merekrut individu lain termasuk penagih dadah bagi menjalankan kegiatan ini … dengan penahanan kesemua suspek, polis berjaya menyelesaikan 11 kes yang dilaporkan,” katanya.

Adzli berkata polis sedang mengesan dua lagi suspek yang merupakan ahli kumpulan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951, Seksyen 435 dan 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) dan 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saya ingin menasihati orang awam supaya jangan meminjam dengan along, contohnya macam mangsa ini, dia membuat pinjaman RM200 tetapi hanya menerima RM150 daripada along.

 
Back
Top
Log in Register