BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis Tahan Lelaki Warga Emas Tetak Tangan Isteri Di Kota Tinggi

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201



Makluman awal kejadian tetak di Taman Desa Sejahtera, Kota Tinggi malam tadi.

Sumber ➡️ Media sosial

Gara-gara berang dengan tindakan isteri memasang televisyen dengan kuat, seorang warga emas yang dalam keadaan mabuk menetak wanita berkenaan dengan parang di Taman Desa Sejahtera, Kota Tinggi malam tadi.
 
14309371258196509-423031.jpg


ANGKARA TV, WANITA DITETAK SUAMI GUNA PARANG, SUSPEK DITAHAN POLIS

KOTA TINGGI – Seorang wanita cedera selepas dipercayai ditetak suaminya menggunakan sebilah parang dalam kejadian di kawasan Taman Desa Sejahtera, Kota Tinggi, pada 5 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Haji Othman berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira pada hari berkenaan.

Susulan maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dikejarkan ke lokasi sebelum berjaya menahan seorang lelaki tempatan yang merupakan suami mangsa.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham selepas mangsa memasang televisyen dengan kuat.

“Suspek yang berada dalam keadaan mabuk kemudiannya dipercayai bertindak menetak mangsa menggunakan sebilah parang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
Polis meneruskan siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.
 

Polis Tahan Lelaki Warga Emas Tetak Tangan Isteri Di Kota Tinggi​

9f7d5c6635b21638234b20dd3b45f9385eb026a300f79


Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki menetak tangan kanan isterinya menggunakan sebilah parang di Taman Desa Sejahtera, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Yusof Othman berkata Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis itu menerima maklumat berkaitan kejadian yang berlaku kira-kira 9.30 malam daripada orang awam, yang memaklumkan wanita berusia lingkungan 70-an itu dalam keadaan berlumuran darah akibat ditetak.

Beliau berkata susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota telah ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap lelaki yang juga berumur lingkungan 70-an itu.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku akibat perselisihan faham kerana mangsa (dikatakan) memasang televisyen dengan kuat, (manakala) suspek yang berada dalam keadaan mabuk bertindak menetaknya dengan parang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata mangsa yang ditetak sekali hanya mengalami luka kecil kira-kira satu sentimeter pada tangan kanan dan kemudiannya menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi serta berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

Terdahulu, tular beberapa foto menerusi laman Facebook yang memaparkan kejadian itu.

 
Back
Top
Log in Register