BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Lelaki Indonesia Bantu Siasatan Kes Sembunyi Kelahiran, Kematian Bayi

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
9c64c3700f4efb6bc151bde0fab2b1b869de68345ae6f

Supt Johari Yahya

Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan kes menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah rumah di Labu dekat sini pada 3 April lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata lelaki berusia awal 30-an itu ditahan susulan laporan pegawai perubatan Hospital Tuanku Ja’afar yang memaklumkan seorang wanita warga asing berusia 39 tahun mendapatkan rawatan akibat pendarahan serta komplikasi kesihatan di hospital itu pada 9.53 pagi tadi.

“Hasil maklumat awal mendapati wanita itu dipercayai melahirkan anak kembar di rumah tanpa bantuan perubatan. Seorang bayi dilaporkan meninggal dunia selepas dilahirkan sebelum mayat bayi itu ditanam.

“Polis telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan seterusnya menggali semula kubur mayat bayi itu untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register