BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Pengasuh Bantu Siasatan Kematian Bayi Lapan Bulan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
1e2e3f281769a2eb7f3764f3223c513167b070fde069e

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi (kanan)


-- fotoBERNAMA (2025) HAKCIPTA TERPELIHARA


Polis mengesahkan telah menahan seorang pengasuh wanita bagi membantu siasatan kes kematian bayi perempuan berusia lapan bulan akibat pendarahan otak di Taman Seri Wang di sini, 15 April lepas.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata suspek berusia 35 tahun itu ditahan pada 2.30 petang 16 April, namun dilepaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama.

“Pengasuh wanita itu dilepaskan dengan jaminan polis pada hari sama dia ditahan hingga 16 Jun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada 3.08 petang 22 April lepas, semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.

Ahmad Mohsin berkata hasil bedah siasat mendapati kecederaan mangsa disebabkan daya trauma tumpul pada bahagian kepala.

“Penentuan umur pendarahan subdura tersebut boleh dilakukan dalam ujian histopatologi yang akan mengambil masa beberapa minggu,” katanya.

Ahmad Mohsin berkata pada 7 April lepas, ibu mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada hidung dan dahi anaknya semasa mengambil mangsa di rumah pengasuh berkenaan.

Beliau berkata pengasuh mendakwa mangsa terjatuh dan terkena rak televisyen ketika bermain bersama anaknya yang berusia enam tahun, tetapi tidak dibawa ke klinik untuk rawatan kerana bayi berkenaan kelihatan aktif dan sihat.

Katanya, pada 15 April lepas, pengasuh telah menghubungi ibu mangsa memaklumkan bayinya dalam keadaan lesu dan tidak bermaya.

 
Back
Top
Log in Register