BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Tahan Lelaki Disyaki Serang, Ugut Penguat Kuasa MBI

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Polis Tahan Lelaki Disyaki Serang, Ugut Penguat Kuasa MBI​

e18f465c7000b03e2b03a8be0e10611c68b7e756cac34


Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diserang dan diugut ketika mengeluarkan notis kompaun di Jalan Pengkalan Barat 35, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata suspek yang berusia 42 tahun dipercayai bertindak agresif dengan cuba melanggar mangsa menggunakan kenderaan, mengekori, menarik bahagian leher baju mangsa serta mengeluarkan ugutan.

Beliau berkata mangsa yang mengalami kecederaan ringan susulan kejadian berkenaan telah membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah berjaya menahan suspek pada 25 Julai, kira-kira 12.40 tengah hari bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman akan dibuat bagi melengkapkan siasatan. Polis memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menghalang, menyerang atau mengugut penjawat awam ketika menjalankan tugas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

 
Back
Top
Log in Register